Persoalan itu bermula apabila mendengar nama Alor Setar itu. Pernah Alor Setar diejakan dengan Alor "Star". Star gitu. Star ni maksudnya bintang. Demi memanifestasikan nama star itu maka mungkinlah dizahirkan dalam simbol-simbol bintang.
Biasanya orang Malaysia ni mengenal simbol bintang ni semasa sekolah rendah lagi. Diajar cara melukis bintang lima bucu. Tapi bintang bukan sahaja boleh jadi lima bucu, satu lagi dengan enam bucu hasil dari dua tiga segi sama yang bertindih.
Tapi sudah tentu orang apabila melihat bintang enam bucu ini akan mengaitkannya dengan simbol negara Israel. Kerana ia menggunapakai hexagram iaitu dua segitiga sama yang ditindihkan. Hexagram itu juga dinamakan Star of David.
![]() |
| Simbol bintang yang terdapat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. |

