Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Wednesday, 3 August 2016

Korupsi dan Rasuah


Bila berbual dengan seorang kontraktor baru-baru ini banyak jugalah cerita yang dapat didengar. Nak dapatkan projek tu macam-macam ceritalah. Yang diamanahkan menjaga duit ni pulak ada pula didakwa membuat tol-tol yang tidak sebenarnya tak wujud. Kira tak amanahlah buat kerja tu kan.

Kalau nak merasa duduk dekat negara yang paling tak korup, kat sini ada 10 negara yang paling tak korup, antaranya Denmark, New Zealand, Kanada, malah negara jiran kita Singapura pun termasuk top 10 tu. Tak de pulak negara Islam yang masuk dalam top 10 tu.

Padahal dalam Islam korupsi ni haram. Rasuah ni haram. Babi pun haram. Tapi kalau cerita bab anti-rasuah ni kepada sesetengah orang seolah-olah macam cerita fairy tales pulak. Macam cerita dongeng tahyul yang karut marut. 

Siapa yang cerita bab anti-rasuah ni eloklah di buang negara ke negara-negara top 10 tadi. Atau pun bolehlah disyaki sebagai Pendatang Tanpa Izin daripada Sweden, Kanada atau pun Switzeland. Sebab tak secocok dengan budaya merasuah. 

Saturday, 19 March 2016

KES RASUAH


Apabila terbaca tertangkapnya beberapa orang akibat disyaki kes rasuah baru-baru ini yang melibatkan dana ratusan juta ringgit, satu pertanyaan kembali ke benak fikiran saya. Kes-kes rasuah ini kepada saya adalah seumpama kes-kes kemalangan jalan raya. Walaupun ia tersiar hampir setiap hari mengenai kemalangan maut yang berlaku dan disertakan sekali puncanya tetapi keesokannya kemalangan berlaku juga dengan punca yang sama.

Saya terbayangkan mungkinkah orang yang menjadi punca kemalangan keesokannya itu telah pun membaca akhbar semalamnya mengenai kemalangan dan puncanya. Akan tetapi orang itu kemudiannya mengulangi punca kemalangan itu. 

Ini tidaklah menghairankan. Jika tidak percaya pergilah memandu sekarang dan lihat sendiri berapa orang yang sanggup memotong ketika berada di selekoh. Salah satu punca kemalangan yang dilaporkan di akhbar-akhbar iaitu tidak sempat memotong kenderaan dan bertembung dengan kenderaan yang mendatang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...