Friday 17 December 2021

Warna kereta paling bahaya


Kes kemalangan melibatkan kereta berwarna silver yang mengakibatkan kematian kesemua orang di dalamnya menimbulkan persoalan tentang apakah warna kereta menjadi faktor kepada kemungkinan berlakunya kemalangan.

Apatah lagi kejadian tersebut berlaku ketika waktu hujan lebat dan gelap. Warna silver dan juga gray/kelabu disyaki menjadi harmoni dengan warna hujan yang menyebabkan terjadinya keadaan kereta tidak dapat dilihat dengan jelas atau “halimunan”.

Ada beberapa kajian berkenaan warna kereta paling bahaya tetapi tidak dapat dipastikan samada ada kajian dibuat di Malaysia atau pun negara ASEAN yang berkongsi suasana persekitaran yang tidak jauh berbeza.

Ini kerana di Malaysia, hujan berlaku secara kerap dan ini menjadi faktor kepada perkiraan kemungkinan dalam kajian yang dilakukan. Beberapa negara lain seperti di eropah hujan bukanlah sesuatu yang kerap tetapi persekitaran berbeza dengan negara Asia yang lebih cerah dalam kebanyakan waktunya. Contohnya di Paris, ada waktunya keadaan persekitaran boleh menjadi sangat kelabu dan sangat kurang cahaya matahari.

Dalam satu kajian menyatakan tiga warna kereta yang paling berisiko ialah

1) Hitam (47% risiko )

2) Gray/kelabu (11 % risiko)

3) Silver/Perak (10% risiko)

Jika kita lihat warna-warna kereta di pasaran, ada warna gray dan silver itu yang tidak jauh berbeza.

Silver/perak

Gray/kelabu cerah

Keadaan persekitaran melalui cermin ketika hujan

Warna hitam dikaitkan dengan waktu malam dan warna yang tidak kuat kontranya dengan latar belakang persekitaran. Di negara tertentu persekitaran pada waktu siang pula boleh menjadi kelabu, gloomy atau mendung disebabkan kurangnya cahaya matahari.

Tetapi adakah kereta warna hitam ini mempunyai risiko yang sama jika dipandu waktu siang di negara secerah Malaysia. Keadaan jalan yang sentiasa diurus baik dan ciri- ciri keselamatan juga menjadi faktor untuk dimasukkan dalam satu-satu kajian itu.

Kajian berkenaan turut mendapati warna yang seterusnya berisiko ialah

4) Biru

5) Merah

6) Hijau

Biru yang gelap mendekati warna hitam dan menjadi halimunan ketika dalam keadaan gelap. Keadaan di beberapa negara yang luas dan berlatarbelakangkan langit biru mungkin menjadi faktor kepada peningkatan risiko ini. Kalau di Malaysia, bila memandu dengan latar belakang pantai dengan laut dan langit biru mungkin menzahirkan keadaan seperti ini.

Merah itu warna terang dan jelas dipandang. Tetapi ia dikaitkan pula dengan warna lampu brake yang berwarna merah dan mungkin orang jadi keliru.

Warna hijau pula dikatakan paling selamat di antara enam warna ini. Tak ingat pula siapa punya kereta yang berwarna hijau ni.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan warna yang paling selamat atau kurang berisiko ialah

1) Putih

2) Kuning

3) Oren

4) Gold/emas

Kajian tersebut juga menyatakan warna hanyalah sebahagian daripada faktor yang diambil kira dalam pengiraan risiko. Sedangkan banyak faktor lain seperti pemanduan yang berhemah, keadaan jalan, sikap berhati-hati, kelajuan, keadaan kereta dan banyak faktor lain yang menyumbang kepada risiko kemalangan. 

Kemalangan dan segala musibah merupakan ujian dan takdir dari Tuhan Pencipta alam. Manusia hanya boleh berusaha dan ikhtiar dengan mengambil segala asbab yang mengelakkan kemalangan dan asbab kepada jalan yang lebih selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...