Edward De Bono ni seorang yang mengajar mengenai sains dan seni berfikir. Kadangkala kita rasa diri kita ni bijak atau kita anggap seseorang itu bijak. Tetapi bagi Edward De Boni orang dan bijak dan orang yang mahir berfikir ni boleh jadi dua perkara yang berbeza. Oleh itu boleh jadi seseorang itu bijak tetapi tidak dapat mendatangkan satu hasil yang efektif dalam menyelesaikan masalah.
Boleh jadi juga seseorang itu bijak tetapi dia terperangkap dengan cara berfikir yang salah. Edward berkata walaupun tidak ramai, ada kes yang mana orang-orang yang bijak terperangkap dalam cara berfikir yang salah ini.
Kebiasaannya manusia membuat keputusan dengan menetapkan pendiriannya dahulu kemudian dia akan mereka-reka alasan mengapa dia membuat pilihan itu.
Dalam klip ini Edward mengesyorkan satu kaedah yang dipanggil P.M.I.
PLUS (Tanyakan apa kelebihannya)
MINUS (Tanyakan apa kekurangannya)
INTEREST (Tanyakan daya tarikannya, apa yang menariknya)
PMI ini adalah kaedah bagaimana untuk membuat suatu keputusan. Contohnya apabila kita hendak membeli sebuah kereta, kita tanyakan 3 perkara di bawah.
1. Tanyakan apa kelebihannya
2. Tanyakan apa kekurangannya
Apabila kita telah mengumpul data atau info ini barulah kita tanyakan apa yang menariknya tentang kereta itu.
Contoh aplikasi
Tanyakan apa kelebihannya
- Kereta jenis design sport, laju.
- Design cantik
- Enjin terbaik
Tanyakan apa kekurangannya
- Sedikit mahal.
- Interior kurang cantik
- Sedikit makan minyak
Tanyakan daya tarikannya, apa yang menariknya
- Suka bawa kereta laju.
- Perlu segera ke tempat kerja
- Suka kereta cantik
- Kereta yang unik berbanding kereta lain
Kaedah P.M.I ini telah diajarkan ke kepada murid-murid sekolah di pelbagai negara. Ianya bertujuan untuk melatih anak-anak supaya mahir membuat keputusan yang tepat berdasarkan kaedah yang betul.
No comments:
Post a Comment