Soalan yang dahulunya dengan kacang sahaja pelajar-pelajar boleh jawab. Para Ustaz dan Ustazah dengan mudah sahaja memberikan markah betul. Tetapi tiba-tiba selepas satu kejadian dalam tahun 2015, ramai seolah-olah ditarik ilmu, apa yang dihafal daripada buku-buku teks Pendidikan Islam menjadi lupa, para ustaz dan ustazah yang memeriksa kertas peperiksaan menjadi keliru dan gagal memberikan keputusan untuk memberi markah atau tidak.
Berikut adalah soalan yang mencabar-cabar itu.
Soalan Persediaan Subjek Pendidikan Islam 2015 - Bab Perkahwinan
Set 7
4. Seorang ahli parlimen telah memilih untuk melakukan lafaz baiah kepada partinya dengan menambah (taklik) dengan lafaz sekiranya beliau bertukar kepada parti lain dengan rela hati maka isterinya tercerai dengan talaq 3. Kemudian ahli parlimen tersebut telah membentuk parti lain bersama rakan-rakannya dan menjadi ahli parti itu. Adakah telah jatuh talak 3 tersebut?
Jawapan : ...............................
(Soalan bonus : Siapa jawab dengan betul soalan di bawah dengan automatik diberi 35 / 100 markah)
5. Bolehkah ahli parlimen tersebut melakukan kaffarah sumpah bagi membatalkan lafaz taklik kepada baiah tersebut?
Jawapan : ...............................
Para pelajar yang nak ambil SPM subjek pendidikan Islam mestilah bersedia dengan jawapan kerana ini adalah isu semasa yang hangat sekarang. Kebiasaannya soalan SPM akan keluar apa yang berkaitan dengan isu semasa.
No comments:
Post a Comment