Tuesday 19 August 2014

Harga sebuah integriti...

SHAH ALAM, 19 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana terpaksa berdepan tempias krisis jawatan Menteri Besar Syang kini hangat diperkatakan baik di kalangan pemimpin juga media.

Abdul Khalid dalam nada tenang membuat ucapan maaf berkenaan di hadapan lebih 100 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.


“Saya minta maaf terhadap perhatian yang terpaksa dihadapi oleh anda sekalian. Perkara ini menjadi kebiasaan bagi saya sebagai ahli politik, jadi saya terpaksa menghadapinya.
“Saya minta maaf kerana anda datang ke sini bukan untuk terbabit dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti,” katanya.
Pada masa sama, Abdul Khalid turut memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Bukhari berhubung soal amanah iaitu ‘di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran dan jika sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran’.
Abdul Khalid juga terus menutup mulut ketika diekori sekumpulan besar wartawan bagi mendapatkan ulasan berhubung kemelut jawatan yang disandangnya.
Beliau tampil dalam acara itu selepas membatalkan dua acara rasmi iaitu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor, semalam. 
Sumber berita di sini.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki Pengarah Operasi dan Pusat Penyelidikan parti PAS memberikan komentar beliau di facebook.


Ulasan

Integriti bukan milik mana-mana parti. Ianya juga bukan milik ekslusif golongan elit. Integriti adalah merentas sempadan perkauman, agama, tempat dan masa.

Ia adalah milik kita semua. Kecuali kita lupa dan tertinggal integriti itu di kedai mamak. 

Artikel Berkaitan
Sokongan Majoriti vs Keyakinan Majoriti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...