Saturday 30 August 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-57 - DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.


Dikatakan orang, untuk mencapai kemerdekaan itu lebih mudah daripada mengisi ruang kemerdekaan itu sendiri. Merdeka bermakna negara tidak lagi dijajah oleh sebuah negara yang lain. Merdeka bererti kita bebas memilih dan membuat sesuatu berdasarkan pilihan kita itu.

Soalnya apakah pilihan kita?
Apakah pelan tindakan yang hendak dan telah kita ambil bagi mengisi kemerdekaan kita?

Adakah kita merdeka sekiranya ada orang lain yang memilih untuk kita? (Siapa?)
Adakah kita merdeka sekiranya kita hidup berdasarkan acuan orang lain? (Macamana acuan kita dan acuan mereka?)

British telah merancang untuk pemerintahan secara tidak langsung.

Sudah tentu British yang terpaksa memberikan kemerdekaan kepada tanah Melayu ketika kita dengan nama Malaysia mempunyai pelan B. British terpaksa memberikan kemerdekaan kerana kuatnya tentangan politik daripada orang-orang Melayu ketika itu. Laporan daripada pihak British menyatakan orang-orang Melayu mempunyai kesedaran politik yang kuat. Walaupun mereka tidak menentang dengan kekerasan tetapi kekuatan politik dan kebijaksanaan dan seni diplomasi yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu berjaya menggasak pihak British sehingga akhirnya memberikan kemerdekaan kepada tanah Melayu. 






Tugu di London mengingati Malay-states.

Kebijaksanaan diplomasi orang-orang Melayu tersebut berulang-ulangkali dizahirkan dalam tatapan sejarah dan akhir-akhir ini ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib sendiri dalam kejayaannya berunding dengan pihak pemberontak pro-Russian di sempadan Russian-Ukraine untuk mendapatkan mayat-mayat mangsa-mangsa nahas MH 17 dan seterusnya membuka laluan kepada pasukan siasatan kepada tempat nahas yang dikawal oleh tentera pemberontak tersebut.

Kebijaksanaan Malaysia ini diperakui oleh media antarabangsa dan mereka turut menzahirkan ketidakhairanan mereka terhadap skill diplomatik yang dimiliki oleh bangsa Melayu ini. Ini katanya turut menjadi sebab berjayanya rundingan perdamaian di antara bangsamoro dan kerajaan Filipina yang mana Malaysia menjadi mediator kepada kedua-dua belah pihak.

Sebab itulah juga, walaupun British mempunyai pelan B, tidak semestinya kita mengikut pelan mereka itu kerana kita juga mempunyai kebijaksanaan dan pilihan tindakan yang penuh berhikmah. Ini terbukti dalam sejarah pemerintahan negara sejak merdeka sehingga kini. 

Dalam pada itu juga, kita tidaklah menolak sepenuhnya apa yang telah ditinggalkan oleh zaman British dahulu. British telah mengajar kita sesuatu, Britsih mengajar kita betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan disiplin. Dalam beberapa segi kita juga telah belajar bagaimana disiplin yang diamalkan oleh British yang menjadikan mereka mempunyai kemampuan untuk menjadi suatu kuasa yang kuat di peringkat antarabangsa. Apa yang dipelajari daripada pihak British ini kemudiannya membantu kita untuk mentadbir negara dengan baik sehingga mencapai ke tahap yang membanggakan.



Kerajaan Malaysia juga terbukti mempunyai kebijaksanaan sendiri dalam mentadbir dan tidak menjadi pak turut kepada kuasa-kuasa besar dunia yang sudah tentu mahu orang lain mengikut telunjuk mereka.

Akan tetapi, sudah tentulah pula ada pihak tidak berpuashati dengan kebijaksanaan ini. Tipu helah yang lebih halus digunakan bagi memangsakan mereka yang tidak mengikut telunjuk.


Kaedah-kaedah yang sophisticated yang diformulakan oleh Dr Gene Sharp.
Digunakan secara berkesan menjatuhkan banyak kerajaan di seluruh dunia.
Mari jatuhkan kerajaan anda, mereka jahat. Kata Dr Gene Sharp.
Kita buat revolusi rakyat.
Perkataan diktator sudah tentu dibenci ramai,
dan perkataan demokrasi perlu dipergunakan
bagi menunjukkan "kebaikan" mereka.

Perkataan rakyat itu penting.
Sebab revolusi adalah kebangkitan rakyat.

Boikot pun salah satu 198 kaedah Gene Sharp tersebut.
Source imej - Wiki.

Apakah pilihan kita sebagai rakyat? Adakah kita inginkan acuan kita sendiri ataupun mengikut acuan orang lain? Bagaimana sekiranya acuan yang kita pilih itu sebenarnya acuan orang lain? Sekiranya benar begitu, kita juga akhirnya yang tertipu.

Oleh itu kita perlu bijak menilai. Sekiranya ikut kemahuan nafsu manusia ianya tidak terbatas. Ia boleh melahirkan bermacam-macam tuntutan walaupun ianya sebenar diluar kemampuan dan akhirnya binasa. 

Zaman sekarang kita melihat bermacam-macam "perangai" manusia yang mengaku menjadi rakyat Malaysia. Ada yang mengaku warganegara Malaysia tetapi berfikiran tidak seperti orang Asia dan tidak pula mencerminkan seorang yang mempercayai Tuhan sebagaimana terkandung dalam rukun negara. 

Sekiranya kepada Tuhan pun tidak beriman, bagaimana pula rukun negara yang seterusnya iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara?

Sumber imej - Antarapos

Begitulah sukarnya mengisi sebuah kemerdekaan.


Artikel berkaitan
Sejarah Bendera Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...