Friday, 4 September 2015

Mat Saleh cipta teori 10 tahap kesedapan durian.


Aku terfikir, durian ni asalnya daripada Malaysia. Atau Tanah Melayu, nama sebelum itu. Nama pun durian. Yang berasal daripada bahasa Melayu. 

Tetapi kenapa perlu tunggu Mat Saleh yang meng-gredkan kesedapan rasa durian? 

Mat Saleh ni obses dengan rasa durian dan baginya durian di Malaysia membuatkannya rasa "happy sangat" dan "high". Seterusnya dia mengkategorikan rasa kesedapan durian itu kepada  10 sekala semuanya. 

Durian yang dia tengah makan dan rasa dah sedap tu pun dia bagi 5/10. Skala-skala yang lebih tinggi katanya boleh membuatkan seseorang itu sehingga mengalami pengalaman kerohanian. 

Ini  skala-skala yang dia buat:

Wednesday, 2 September 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu - No. 8.


Empat elemen yang dilupakan, empat pintu ilmu.

Ini adalah berkaitan dengan empat elemen yang dibincang sebelum ini. Selain artikel ini menamakannya sebagai "elemen", sebenarnya keempat-empat ini adalah sejenis "pintu ilmu".

Kempat-empat ini bukanlah sedikit orang yang tahu tetapi mereka mengetahui secara hafalan. Tidak secara praktikal. Mereka tidak mempraktikkan atau mengambil manfaat dengan empat pintu ilmu itu.

Apabila tidak dipraktikkan maknanya dilupakan. Walaupun ramai yang tahu. Lantas ia tidak menjadi ilmu.

Sunday, 30 August 2015

Selamat Hari Kebangsaan 2015 - Video Seorang Srikandi Dikerumuni Peserta Bullshits


Seorang Srikandi dikerumuni peserta-peserta "bullshit" dan telah diserang daripada pelbagai penjuru. Tetapi Srikandi yang berhati waja dan garang itu telah membalas setiap serangan peserta-peserta "Bullshit" berkenaan.

Orang nak sambut hari Kebangsaan pun nak kacau dengan program politik pihak tertentu. Takde semangat kebangsaan langsung kan. Kut ye pun buatlah hari lain. Kan dah kena "bullshit".

Friday, 28 August 2015

Bersih 4.0 - Mengekalkan Momentum Tsunami Cina?


Satu undian umum telah dilakukan oleh Merdeka Center berkenaan sokongan kaum di Malaysia untuk Bersih 4.0 yang bakal diadakan. 
Undian yang dikatakan bebas ini mendapati hasil undian seperti berikut;

70 % daripada 600 responden Melayu tidak menyokong Bersih 4.0.
81 % daripada 310 responden Cina menyokong Bersih 4.0. 
51% daripada 90 responden India menyokong Bersih 4.0.

Secara keseluruhannya, 43 % daripada total 1,010 responden yang ditanya menyokong Bersih 4.0 manakala 47% daripadanya tidak menyokong. 

Sunday, 23 August 2015

Psikologi makanan

"Sate Padang2" by Sakurai Midori - Wikipedia

Satu hari saya lihat seorang ni makan sesuatu yang saya ketahui dia tak menyukainya. Lalu saya pun bertanya. 

"Hai.. dulu tak suka makan pun". 
"Dulu kuah tom yam ni tak macam ni" Jawabnya.
"Sama aje, tak ada yang berubah pun" Balas saya.

Saya tahu tak ada yang berubah pun pada resepi tomyam yang terkenal itu. Kalau berubah sudah tentu pelanggan lain juga akan perasan. Sebenarnya yang berubah tu selera pemakanannya. Bukan rencah atau resepi tomyam itu.

Saya pun pernah mempunyai evolusi pemakanan sebegitu. Suatu hari kami singgah di gerai tepi jalan. Di situ tertulis menu sate padang.

Wednesday, 19 August 2015

Peserta Perhimpunan Bersih 4.0 Diminta Berhati-hati Dengan Suspek Berbaju Kuning.


Mereka yang ingin berhimpun bagi perhimpunan Bersih 4.0 diminta berhati-hati dan sentiasa melihat persekitaran mereka bagi mengesan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam pengeboman di Bangkok baru-baru ini.

Saspek adalah seorang anak muda memakai baju kuning yang mempunyai tulisan dan imej tertentu pada bajunya. Saspek telah disyaki membawa beg yang kemudiannya meninggalkan beg tersebut di kalangan publik. Beg tersebut disyaki mengandungi bom yang kemudiannya telah diset untuk meletup bagi memberikan kerosakan yang besar kepada persekitaran dan orang awam.

Tuesday, 18 August 2015

Kisah bisnes : Penjual kereta

Sekedar gambar hiasan.

Penjual kereta melayu ni pun. Ni nak cerita seorang bro ni. Mengadu jualan kereta dia x memberangsangkan. Tapi bro ni ada terlepas pandang satu benda. Mungkin antara faktornya.


Setiap bulan ada target. Kena capai target. Tapi dengan customer janganlah berkira.

Kalau berjanji dengan customer kena tepati janji. Jangan tak bagi. Kalau dah kata nak bagi gift kena bagi. Kalau x nak bagi jgn cakap dari awal.

Friday, 14 August 2015

Budak 10 tahun tangkap gambar bigfoot - Video Youtube.


Dengan beraninya seorang budak 10 tahun mengambil gambar bigfoot ketika berjalan-jalan di dalam hutan. Selepas itu dia menceritakannya dengan sedikit trauma.

Bigfoot ni makhluk yang sangat kuat ye adik-adik. Dah lah besar dan dia lagi pantas daripada gajah. Kalau jumpa tu kenalah berhati-hati. Safety first.

Ramai para saintis telah mengkaji sample-sample bulu dan dna bigfoot serta mengesahkan kewujudan spesis ini. Bukti-bukti bergambar serta video juga telah timbul dari merata tempat di berbagai negara menunjukkan bigfoot ini wujud. 

Cuma yang anehnya tiada yang dapat ditangkap dan bukti-bukti bergambar ini biasanya agak kurang jelas. 

Video dan gambar dibawah.

Thursday, 13 August 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu No. 7


Sekarang kita akan meninggalkan kumpulan 3 sifat yang lepas dan lihat pula kepada 4 elemen utama apabila kita mentakrifkan sesuatu.

4 elemen ini bukanlah datangnya bersekali satu kumpulan dengan 3 sifat yang lepas. Ada juga elemen-elemen lain yang datangnya daripada kumpulan yang lain. Oleh itu bila dicampur-campur semuanya mungkin ada yang mengatakan ia lebih daripada 10. Sebab penulis sebelum ini pernah menyatakan sifat utama itu tidak lebih daripada sepuluh. 

Benar, ia tidak lebih daripada 10. Tetapi itu dalam satu pakej. Ada juga pakej-pakej lain. Seseorang itu dapat mengambil manfaat dan faedah dari segi ilmu dan praktikal jika mengetahui secara mendalam satu daripada pakej-pakej itu. Jika dia mengetahui lebih banyak pakej maka lebih banyaklah faedah yang dia dapat.

Penulis tidak mahu melakukan menyuap sudu (spoon feeding kata orang putih) tanpa pembaca berfikir mengolah apa yang didedahkan. Anggaplah ianya sebagai latihan untuk berfikir.

4 elemen tersebut telah pun disentuh sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...