Wednesday 22 November 2023

Terjemahan Qunut Nazilah

 

Bacaan Qunut Nazilah. Doa untuk menghadapi dan untuk musuh ditewaskan. Boleh dibaca dalam setiap solat wajib setiap hari. Sehinggalah musuh ditewaskan. Dibaca pada rakaat akhir dalam solat fardu. Seperti qunut waktu subuh.

Selamat menghadapi tahun 2024 dan tahun-tahun selepas itu.


اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِ اَعْدَاءِنَا

Ya Allah sesungguhnya kami meletakkan Engkau atas tengkuk-tengkuk musuh kami


وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِ هِمْ

Dan kami berlindung dengan Engkau daripada kejahatan mereka


اَللّٰهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ

Ya Allah kucar-kacirkan kesatuan mereka


وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ

Dan pecahkan perkumpulan mereka 


وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ

Dan kucar-kacirkan kalimah mereka


وَ زَلْزِلْ اَقْدَامَهُمْ

Dan goncangkan kaki/kedudukan mereka


وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكْ

Dan berikan kekerasan ke atas mereka (dengan) satu anjing dari anjing-anjing Engkau


يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ يَا مُنْتَقِمْ

Wahai Maha Perkasa Wahai Maha Pemaksa Wahai Maha Penghukum


يَا اللهُ يَا اللهُ يَا اللهُ

Wahai Allah Wahai Allah Wahai Allah


اَللّٰهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَ يَا مُجْرِىَ السَّحَابِ

Ya Allah Wahai Yang Menurunkan Al-Kitab dan Wahai Yang Menggerakkan awan

 

وَ يَا هَازِمَ الْاَحْزَابِ

Dan wahai Yang Mengalahkan pasukan Ahzab


اِهْزِمْ هُمْ وَ انْصُرْنَا عَلَيْهِمْ 

Tewaskan mereka dan menangkan kami ke atas mereka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...