Sunday 2 July 2023

Apabila kau mengaku sebagai seorang wahabi


Aku terbaca lah komen ni di satu platform sosial media. Yang mana semua komentar dari orang-orang international. Kiranya semua menggunakan bahasa Inggerislah. Tajuknya waktu tu ada kaitan dengan agama. Spesifiknya aku tak ingat.

Yang aku teringat sangat dan sehingga saat ni aku ingat sebab agak shocking kan. Ada seorang ni mengaku dari Malaysia dan dia mengaku dirinya wahabi. Aku dapat merasakan orang lain juga terkejut dengan statement dia yang agak berterus terang itu. Mungkin juga agak “lurus”.

Sebab dia mengaku wahabi? Katanya sebab dia ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Dan katanya orang lain memanggil dirinya wahabi. 

Sekali dapat LOL dari seantero dunia.

Orang-orang lain yang ada ilmu pengetahuan mungkin agak terkejut. Orang-orang lain ini mungkin dari kalangan orang Islam dari serata dunia. Bermacam-macam mazhab seperti Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki.

Mungkin ada juga pembaca dari kalangan syiah. 

Malah mungkin ada non-muslim tetapi mengkaji Islam dan menguasai isu dan topik perbincangan mengenai bidang ilmu di dalam agama Islam.

Anda boleh melihat contoh orang seperti ini di youtube, atau mereka sendiri adalah youtuber yang minat mengkaji Islam. Ada yang minat unsur kesufian/tasawuf di dalam Islam. 

Mereka ini mengkaji dan sedar polemik segelintir umat Islam sendiri yang gagal faham apa itu tasawuf dan membidaahkan malah menyesatkan ilmu berkenaan perkara ini.

Jika anda seperti individu yang memberikan komen “lurus” itu bermakna anda mungkin tercari-cari jalan untuk memahami dan mendalami agama anda. Tetapi anda hanya membaca di sosial media dan platform-plafform di internet.

Anda diberitahu supaya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang anda perlu fahami ialah semua mazhab empat yang utama itu semuanya berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. 

Seluruh umat Islam termasuk segala ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah sepakat sahnya semua mazhab tersebut. 

Siapa yang lebih tepat dalam mentafsirkan satu-satu dalil daripada dua sumber utama tersebut itu tertakluk kepada perbincangan ilmiah dan akademik secara mendalam. Itu kena cari guru yang kompeten.

Maknanya bukanlah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah itu wahabi semata-mata.

Apa itu wahabi?

Ia dinisbatkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab dan sesiapa sahaja yang mempunyai sifat-sifat dan pembawaan seperti dirinya dalam jalan beragama. Sila lihat link ini dan ini untuk lebih pencerahan.

Ada orang yang ingin mengambil manhaj literal, iaitu pendekatan mentafsirkan Al-Quran secara literalis atau pun mendekati literalis. Pendekatan ini mengambil hujah sesiapa lari jauh dari konteks literal dikhuatiri telah lari daripada makna asal dan tersalah tafsir.

Pada hakikatnya, samada satu tafsiran itu telah lari dari konteks asal atau tidak, itu ada kajian dan perbahasannya di kalangan ahli ilmu.

Bukanlah untuk dibincangkan di kalangan orang awam di youtube dan kemudiannya orang awam yang terpengaruh pun gasaklah membidaahkan dan mengkafirkan orang lain yang tidak sebulu dengan pendekatan yang diambil kumpulan kecilnya.

Sedangkan kumpulan kecilnya itu bukan majoriti umat Islam pun.

Dan Wahabi bukanlah satu-satunya yang mengambil pendekatan literalis. Lama sebelumnya ada mazhab yang bernama Zahiriyah yang memang mengambil pendekatan literalis. Dalam pengajian zaman ini ada pula pendekatan yang dinamakan sebagai atsari, yang berhujah dengan pendekatan literalis juga.

Ada juga ulama-ulama di dalam sejarah Islam yang genius mindanya tetapi memilih pendekatan literalis dalam penafsiran. Maka kaedah yang digunakan tidak sama seperti orang lain yang menafsirkan secara literalis juga.

Mazhab Hanbali juga dilihat literalis berbanding mazhab-mazhab yang lain. Dan samada wahabi itu sebahagian Hanabilah atau tidak itu kena rujuk kepada ulama-ulama yang membincangkan.

Pokoknya, tidak perlulah mengaku wahabi sedangkan anda tidak tahu selok belok pandangan wahabi dan semata-mata anda bersemangat untuk mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.

Wallahua’lam.









1 comment:

  1. Mazhab Hanafi adalah ajaran yang asal. Imamnya seorang Tabi'in. Dia belajar dengan sahabat2 Nabi sendiri. Original teaching. So bagi pendapat ana, Imam Abu Hanifah tu lah salafi terawal,.Kalau nak ikut salafi, lebih selamat kalau ikut pandangan Mazhab Hanafi. (mohon pemilik blog add friend di facebook. Nak jadi friend saudara)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...