Sunday, 30 April 2017

Pandangan Orang Rohingya Terhadap Tindakan Politik PM Malaysia


Ada orang mengatakan tindakan DS Najib selaku PM Malaysia membantu orang Rohingya dan memperjuangkan isu mereka adalah bagi kepentingan politik peribadi semata-mata.

Mereka yang mengetuai pandangan ini sudah tentu adalah dari kalangan orang Burma yang melaksanakan genosid atau pun pembersihan etnik terhadap orang Rohingya di Myanmar itu. Kemudian diikuti pula oleh orang lain yang turut terpengaruh dengan dakwaan ini termasuklah segelintir kalangan rakyat Malaysia sendiri. 

Maka apakah pandangan orang-orang Rohingya sendiri dalam isu ini? 

Berikut adalah kutipan pandangan yang dibuat oleh M.S Anwar selaku editor Rohingya TV Vision. 

Saturday, 29 April 2017

Mencari Kalimah Yang Sama



Seorang rakan dari Sarawak yang saya kenali menceritakan kepada saya yang beliau telah mencipta sebuah lagu. Beliau pun memperdengarkan lagu itu kepada saya. Pada saya ia adalah lagu rock yang sememangnya sedap didengar dan mempunyai genre yang sama dengan lagu rock ciptaan Tam Spider.

Bukanlah satu kehairanan sekiranya bumiputera dari Sabah atau Sarawak menguasai bahasa kebangsaan dengan baik berbanding dengan bukan bumiputera tetapi saya lihat di sini mereka juga berkongsi citarasa yang sama dengan orang Melayu semenanjung walaupun mereka tidaklah dikenali sebagai orang Melayu dari konteks Perlembagaan Malaysia.

Saturday, 22 April 2017

Kisah Bisnes : Strategi Blue Ocean dalam Bisnes


Strategi Lautan Biru

Sesetengah orang memahami Blue Ocean Strategy sebagai melaksanakan peranan yang lebih meluas dalam membuat satu gerak kerja dan tidak membuat kerja di dalam keadaan silo (bersendirian). Ini bergantung kepada kefahaman seseorang itu yang mungkin diberi tugas khusus dalam posisi tertentu untuk mengembangkan peranannya supaya dapat memberikan impak kepada output organisasi. 

Sebenarnya makna Blue Ocean itu adalah bukan terhad kepada anti-silo semata-mata.

Blue Ocean Strategy VS Red Ocean

Strategi Laut Biru sebenarnya adalah bermatlamatkan kepada bisnes mencari keuntungan tanpa persaingan. Ia berlawanan dengan Red Ocean atau Strategi Laut Merah. Laut itu menjadi merah disebabkan banyaknya jerung di dalamnya yang bersaing mendapatkan makanan. Laut menjadi merah kerana banyaknya darah akibat jerung-jerung yang terpaksa membunuh jerung-jerung lain yang menjadi pesaingnya. 

Itulah berlaku kepada bisnes yang penuh dengan persaingan. Sudah tentu berlaku perlumbaan sesama sendiri bagi merebut pelanggan-pelanggan. 

Bagi pengamal Strategi Lautan Biru, dia memilih membuat bisnes di dalam bidang yang tidak ada lagi pesaing. Bagi tujuan ini sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.

Sunday, 9 April 2017

Welder tapi gaji RM20,000 sebulan?


Bukan semua orang yang ada bakat dalam akademik. Ada yang tidak mempunyai kecenderungan ke arah ini tetapi mereka lebih kepada bidang kemahiran. Asalkan anda masih muda dan minat kepada aktiviti fizikal yang mencabar mungkin pekerjaan ini khas untuk anda. Kesanggupan anda akan dibayar dengan pendapatan yang tinggi. 

Untuk bumiputera, apakah jalan untuk mencapai pendapatan yang tinggi seperti RM20,000 sebulan ini?

Monday, 3 April 2017

Dakwaan Rawatan Alternatif Kepada Kanser?



Kanser atau cancer bila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu ia dipanggil Barah.

Seorang rakan memberitahu saya memberitahu yang beliau pernah menghidap barah di bawah ketiak ketika kanak-kanak. Bapanya hanya mengubat barah tersebut dengan ramuan herba tradisional seraya dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Rakan saya itu sembuh dari barah itu dan terus hidup dan dapat menceritakan kepada saya kisah itu. Beliau juga mendakwa penyakit barah ini adalah penyakit biasa sahaja bagi keluarganya.

Ketika cerita ini diterjemahkan kepada penulisan rakan saya itu masih lagi hidup sihat dan beranak-pinak. Mungkin penyakit barah adalah sejenis penyakit yang parah (serius) tetapi ia bukanlah penyakit yang fatal kepada masyarakat Melayu dahulu-kala. Ia tidak dikenali sebagai penyakit maut.

Tetapi zaman moden mengenalinya sebagai demikian. Ia adalah penyakit fatal dan sekiranya menghadapinya perlulah menjalani prosedur rawatan yang menyulitkan seperti kemoterapi.

Saturday, 25 March 2017

Maksud " The Beast Within "

majalah attitude
April 2017
Kalau The Beast tu wujud secara fizikal dan besar tubuhnya siap dua tanduk, apasal ada The Beast Within pulak? Dah wujudnya secara batin pulak. Kau tak syak wasangka ke?

Apa kebenda yang dia orang kempen ni selain LGBT?

Sekarang kita tengok apa maksud dia the beast within ni.

Monday, 20 March 2017

Disney Dan Kempen LGBT


Dalam interview dengan Telegraph.co.uk dan Majalah Attitude, Bill Condon, direktor filem Beauty and The Beast, filem terbaru keluaran Disney, menceritakan tentang karakter lelaki Gay yang bernama Le Fou. Karakter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah sidekick kepada watak Gaston,  satu watak utama dalam filem tersebut.

Bill Condon menyatakan bahawa "Le Fou adalah seorang yang pada satu hari dia merasakan hendak menjadi macam Gaston, dan pada hari yang lain dia hendak mencium Gaston". "Dia keliru dengan apa yang dia mahukan. Dia adalah seseorang yang mempunyai perasaan seperti ini". "Dan Josh berjaya (melakonkannya) dengan cara yang halus serta menunjukkannya tarikan kelazatannya".

Majalah Attitude memuji filem Beauty and The Beast sebagai filem paling Gay yang pernah dihasilkan oleh Disney. Ini dinyatakan oleh Ketua Editor majalah itu, Matt Cain.

"Dengan mengadakan adegan jantina yang sama di dalam filem ini, walaupun ia pendek tetapi adegan yang jelas menunjukkan ia adalah gay, studio (Disney) menyampaikan mesej kepada masyarakat gay adalah normal dan natural".

"Dan mesej ini akan didengar oleh setiap negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu menerima amalan gay atau tidak".

Friday, 17 March 2017

Cerita Politik : Ijmak Umat Melayuwiyah

Cerita Koboi Hanya Gambar Hiasan
Dahulu PAS pernah menjadi koboi. PAS berpakat-pakat dengan DAP dan PKR menentang apa yang mereka persepsikan sebagai "musuh". Jika pertempuran berlaku dan musuh kalah, PAS terpaksa pula selepas itu bertembak-tembak koboi dengan DAP atau dengan PKR sekali pun. Tapi itu sudah menjadi sejarah. Kumpulan tertentu dari PAS telah keluar dan membentuk PAN. Selepas kumpulan itu keluar, politik PAS semakin stabil dan tidak lagi menjadi haru biru. 

Sejak itu PAS sanggup bergerak sendirian walaupun jelas jika bersendirian impak dari segi politik tidaklah realistik. PAS keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tak mahu masuk Pakatan Harapan. Walaupun Tun Dr M mendesak-desak dan mengancam, PAS tegas dengan pendirian tidak mahu bersama DAP. 

Sudah tentu terdapat perbezaan di antara UMNO dengan PAS. Tetapi terdapat juga persamaan. UMNO terdiri dari orang-orang Melayu dan beragama Islam. Begitu juga PAS. UMNO pernah menjadi objek sasaran perjuangan PAS. Pernah mendapat gelaran kafir atau kufur kerana menentang hudud atau undang-undang Islam. Dahulu ahli-ahli UMNO ramai yang berpendidikan sekular dan beramalan dengan fahaman tersebut. Itu yang menjadi "bahan" kepada pusat markas PAS yang memberikan tarbiyah kepada ahli-ahli. Perjuangan PAS adalah menentang UMNO dan Barisan Nasional!

Selepas pengalaman buruk dengan Pakatan Rakyat, PAS kembali bergerak sendirian. 

Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya



LYRIC IN ENGLISH
SONG : SELAMAT MALAM ROHINGYA / GOOD NIGHT ROHINGYA
SINGER : SAHABAT
YOUTUBE : CREDIT TVAH PROMO

Selamat malam Rohingya
Good Night Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Eventough your sleep is beside corpse
Jangan menangis sahabat
Dont cry friend
Ini Tuhan mengujimu This is God testing you
Selamat malam Rohingya
Good Night Rohingya
Dunia sedang tidur Lena
The world is sleeping soundly

Thursday, 16 March 2017

Siapakah Rohingya?



Asal usul orang Rohingya

Menurut Tin Soe, mereka adalah daripada pelbagai keturunan migran seperti pedagang Arab, pelaut, sebahagian besar kontijen tentera dari Bengal, orang-orang Islam yang ditangkap lanun di dalam abad ke 17 dan 18, keluarga dan keturunan bangsawan Putera Monghul Shah Shuja dan juga termasuklah sebilangan ramai orang-orang mualaf Islam. 

Menurut Tun Khin, orang Islam telah tinggal di Arakan berabad-abad yang lalu. Ahli sejarahwan yang bebas telah mengesahkan perkara ini. Ini diperkuatkan lagi dengan penemuan masjid-masjid kuno di Arakan. Fakta juga menunjukkan pemerintah Arakan ketika itu menggunakan gelaran-gelaran Islamik serta syiling dengan tulisan-tulisan yang Islamik.

Penggunaan perkataan Rohingya pula telah dikesan digunakan oleh seorang penyelidik berbangsa Eropah iaitu Francis Buchanan yang mana beliau telah menyebut mengenai satu dialek dari barat Burma "dituturkan oleh [Orang Islam], yang mana mereka telah lama tinggal di Arakan, dan mereka menamakan diri mereka sebagai "Rooinga, atau penduduk tetap Arakan". Perkataan yang dipanggil Rohingya juga telah dikesan penggunaannya di dalam Journal of London yang diterbitan dalam tahun 1811. Selain itu perkataan Rohingya dijumpai juga di dalam Collections Vocabulorum yang diterbitkan di Berlin, Jerman dalam tahun 1815.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...