Sunday 9 April 2017

Welder tapi gaji RM20,000 sebulan?


Bukan semua orang yang ada bakat dalam akademik. Ada yang tidak mempunyai kecenderungan ke arah ini tetapi mereka lebih kepada bidang kemahiran. Asalkan anda masih muda dan minat kepada aktiviti fizikal yang mencabar mungkin pekerjaan ini khas untuk anda. Kesanggupan anda akan dibayar dengan pendapatan yang tinggi. 

Untuk bumiputera, apakah jalan untuk mencapai pendapatan yang tinggi seperti RM20,000 sebulan ini?

Antara caranya ialah mendapatkan persijilan bertaraf antarabangsa dalam sesuatu bidang kemahiran itu (hardskills) dan seterusnya berikhtiar untuk mendapatkan tempat di dalam syarikat-syarikat engineering yang menawarkan gaji yang lumayan kepada pemegang sijil tersebut.

Antara sijil berkenaan ialah Certification Scheme for Welding an Inspection Personnel (CSWIP) 3.1 yang melayakkan seseorang itu menjadi Welding Inspektor. Ada syarikat kejuruteraan yang sanggup membayar pemegang sijil ini dengan gaji melebihi RM20,000.00 sebulan.

Pekerja Mahir (Hardskills)

Antara program kursus seperti ini ialah Program Peneraju Skill (Pekerja Mahir) yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus chargeman, jurukimpal dan inspektor kimpalan.

Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai sektor. Antaranya minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, communication content & infrastructure (CCI), penjagaan kesihatan, perkhidmatan perniagaan dan lain-lain.
Biasiswa dll

Selain daripada itu Yayasan Peneraju turut menawarkan pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM4,000.00 ke bawah.

Professional upskilling

Bagi mereka yang masih muda (Dibawah 40 tahun) dan sedang bekerja sebagai professional, anda boleh menambah nilai atau meningkatkan keupayaan professional anda dengan mengikuti kursus yang berbeza dengan bidang yang anda ceburi. Sekaligus anda dapat persijilan yang diiktiraf bukan sahaja dari bidang anda ceburi tetapi juga bidang lain. Kursus yang ditawarkan ialah melibatkan bidang professional seperti perakaunan, kewangan, kejurteraan dan lain-lain.

Untuk maklumat lebih terperinci sila layari laman Yayasan Peneraju seperti link di bawah.


2 comments:

  1. KERJA KOLAR BIRU BOLEH LA RM20,000 SEBULAN...KOLAR PUTIH TAK BOLEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg 20k sebulan tu, weilder dasar laut. Dia keje 6 bulan lepas tu cuti 6 bulan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...