Tuesday, 31 March 2015

Yay, GST excitement.


Macam-macam kan. Ada yang excite, ada yang marah. Ada yang demonstrasi. Ada yang kena baling dengan besboll bat pun ada. Ada yang redo je. 

Harini pulak macam-macam resit masuk kat WA kan. Kira excite lah macam tu.

Apa-apa hal eloklah kita berfikiran positif.

Di bawah Incikposmen ada jumpa melalui Whatsapp, ada individu membuat inisiatif untuk menerangkan apa itu GST.

Cukai GST 6% akan dilaksanakan pada 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%...

HAKIKAT PANJI HITAM - Isu Islamic State oleh Pakcik


Saya pada suatu hari saya berbual dengan seorang saudara saya ketika saya melawati beliau di rumahnya. Sudah tentu, ketika lawatan seperti ini banyak perkara dibincangkan selain daripada bertanya khabar mengenai diri dan keadaan keluarga masing-masing.

GST - Realiti VS Mitos, Masanya sudah tiba..



Akhirnya kita akan mengalaminya!

GST besök, iaitu malam ini dan seterusnya. Adakah ianya seperti dimomokkan oleh sesetengah pihak?

Sekiranya betul sudah tentu besok kita akan kelaparan, kesempitan, kemiskinan, kesusahan dan terasa amat ditindas akibat kezaliman pemerintah yang mengenakan cukai GST.

Sekiranya tidak, maka siapakah yang menipu sebenarnya?

Apa-apa pun besok kita akan rasa sendiri. Realiti sebenar vs cakap-cakap yang tersebar!

Saturday, 28 March 2015

A quite gentleman Islamic exorcism

With so many Islamic exorcisms performance shown on the youtube and internet, this one of the most gentleman in manner performed by a Raaqi (A person who recites holy Quran to cures). The topic discuss is an interesting one and it relates to the coming of the antichrists. However, it is always to be cautious when listening to the words from these creatures, the enemies of Allah, since they tend to lie as they are mischievous in nature.

Thursday, 19 March 2015

Terima kasih DAP kerana bekerjasama untuk luluskan Rang Undang-undang Hudud.


Umat Islam yang inginkan perlaksanaan undang-undang hudud khususnya di negeri Kelantan perlulah juga berterima kasih kepada parti DAP kerjasama mereka yang memudahkan Rang Undang-undang itu diluluskan.

Monday, 16 March 2015

Among weird things happened to Yusuf Estes after embracing Islam.

If one follows the story of Yusuf Estes, on how he embraced Islam and events eventually that led him to Islam, one would find a very interesting story and a narrative of weird incidents befallen him.  Especially when he had made efforts to influence his partner in business, who is an egyptian Arab to convert into Christianity.

However in this video it is not about the events that happened before he became a Muslim. It seems weird incidents still happen to him after that. Such weird incidents happen with underlying cause. He regards all such occurrences are from God Almighty. 

Saturday, 14 March 2015

Bangunan paling lembut di dunia.

Mengambil pengajaran daripada ini, janganlah kita membina bangunan yang lembut. Bangunan yang bisa runtuh menyembah bumi hanya kerana berlaku kebakaran di dalam pejabatnya. 

Sehingga kini tidak ada lagi bangunan yang runtuh akibat kebakaran. Kecuali bangunan 7 di WTC pada kejadian September itu. Ia tidak langsung dilanggar oleh mana-mana kapal terbang atau pun terkena serpihan dua bangunan WTC yang runtuh pada hari yang sama.

Friday, 13 March 2015

Malaysia ingin mengklaim lumpia basah?

Popiah basah di Malaysia
Di posting yang lepas, ada dinyatakan lumpia ini lebih dikenali sebagai popiah di Malaysia. Popiah di Malaysia ada dua bangsa. Popiah kering dan popiah basah. Kali ini kita akan lihat lebih dekat apa itu popiah basah. 

Sunday, 22 February 2015

Kes curi motosikal yamaha 125ZR di Presint 9 Putrajaya pada 18/2/2015

Gambar saspek
Gambar saspek.
Siapa kenal saspek ini? 

Kes curi motosikal yamaha 125ZR maroon sportrim merah nombor plat WYG408. Lokasi hilang di Presint 9 Putrajaya pada 18/2/2015. Sebarang maklumat boleh hubungi 0102699435

ANEH : MENDAKWA POPIAH / LUMPIA MAKANAN ASAL CHINA ADALAH MILIK INDONESIA #savelumpia


Setelah membaca segelintir rakyat Indonesia melakukan protes di depan Kedubes Malaysia di Jakarta, saya pun kemudiannya baru mengetahui kuih yang dinamakan popiah di Malaysia ini dinamakan sebagai “LUMPIA” di Indonesia.

Sepanjang hidup saya sebagai rakyat Malaysia dan juga orang Melayu, saya sedari awal mengetahui kuih popiah ini adalah di bawa daripada orang-orang Cina yang datang ke semenanjung tanah Melayu pada ketika itu. Malah boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mengetahui yang kuih ini berasal daripada China.

Kuih ini asalnya disebut “POH PIAH”, namun kemudiannya sebutan itu dievolusikan kepada “POPIAH” berdasarkan sebutan orang-orang Melayu. Malah menurut Wikipedia, nama kuih “POPIAH” telah dimasukkan ke dalam bahasa Inggeris berdasarkan sebutan bahasa Melayu itu. Nama “LUMPIA” juga adalah berasal perkataan Cina yang berbeda dialeknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...