Ni aku nak buat versi Bahasa Melayu pasal apa kebendanya Westworld yang hari ni kita dapat tonton tiap hari Isnin di Astro. Westworld ni memang mendapat maklum balas yang fenomenal dari kalangan penonton siri ini di peringkat antarabangsa. Ramailah yang kemudiannya tu buat review. Review ni pulak ada macam-macam jenis. Orang tengok dari bermacam-macam aspek.
Aku terfikir nak buat review ni bila tengok satu review ni. Mat saleh mana ntah punya review tapi dia buat di Youtube. Dia cerita pasal tema New World Order di sebalik Westworld. Biasalah filem-filem Hollywood ada tema NWO. Ramai rakan-rakan kita dari kalangan bloggers yang dah bincang tentang isu ni sejak bertahun-tahun yang lampau. Pendek kata benda ni tak mengherankan.
Tapi review di sini aku nak tengok dari segi konsep saintifik dan dari segi falsafah sikit. Sebab Westworld ni digubah berdasarkan teori-teori saintifik dan teknologi terkini. Dari sini pula timbullah falsafah. Yakni hasil pemikiran dan fahaman manusia tu berdasarkan teori-teori sains ni. Isu yang cuba ditimbulkan oleh Westworld ini memang menarik dan provokatif. Walaupun mungkin tak semua dapat memahami keseluruhan apa mesej yang hendak disampaikan oleh pembuat siri Westworld.
Pada pandangan aku benda ni semua pasal teori kebarangkalian (chances) dan teori evolusi yang puak-puak ni memang percaya habis-habislah. Itulah sebenarnya tulang belakang kepada siri Westworld ini.

