Nak masuk TTPA atau tak nak masuk? Nak bantah atau nak sokong?
Atau nak berkecuali?
Sudah tentu apabila seorang peniaga diajak untuk memasuki dalam satu blok perniagaan bersama-sama peniaga lain, blok itu bertujuan memberikan manfaat sesama ahli-ahli berbanding yang bukan ahli.
Jika blok perniagaan itu dikehendaki syarat-syarat tertentu yang mungkin merugikan ahli-ahli tertentu, sudah tentu ahli-ahli itu mengkaji terlebih dahulu dan membuat pertimbangan samada dia hendak menyertai atau tidak.
Jika dia melihat banyak mudarat daripada manfaat bolehlah dia memutuskan untuk tidak menyertai pakatan perniagaan itu. Jika tidak maka dia boleh membuat keputusan sebaliknya.
Dalam konteks TPPA pula ia bukan melibatkan individu peniaga tetapi ahlinya adalah negara-negara. Sudah tentulah negara itu sendiri mempunyai mekanisma dan pasukan yang ditugaskan bagi mengkaji baik dan buruknya perjanjian TPPA ini.
Saya sendiri bersyukur kerana pasukan yang ditugaskan mengkaji dan meneliti perjanjian ini diketuai oleh DS Mustapha Mohamed. Seorang yang dikenali jujur dan amanah, tidak terlibat dengan mana-mana kontroversi yang dikaitkan dengan mana-mana jenayah, salah guna kuasa atau pun penyelewengan wang. Yang dihormati oleh kawan dan lawan.
![]() |
| DS Mustapha Mohamed - Malaysia mestilah berkeupayaan untuk mengalami perubahan. Youtube. |
Sebagai rakyat sudah tentulah bergantung kepada kerajaan dalam membuat kajian terhadap TPPA ini yang merupakan subjek yang besar dan rumit untuk difahami.
Tetapi sudah tentulah ada juga kajian daripada pihak lain. Pihak ini terbahagi kepada dua, yang menyokong dan yang membantah TPPA.


