Thursday 14 September 2017

PM Malaysia Berbincang Isu Rohingya Dengan Presiden Trump


Akhirnya PM Malaysia DS Najib Razak telah mengutarakan isu krisis kemanusiaan di Myanmar berkenaan komuniti Rohingya kepada Presiden Trump selaku Presiden Amerika Syarikat. Isu Rohingya ini antara salah satu isu yang dianggap penting oleh DS Najib Razak selain isu-isu perdagangan dua negara dan anti-terrorism.
They discussed the need to end the humanitarian crisis in Myanmar.  Both leaders called for an end to the violence targeting civilian populations, and discussed the need for a strong international community response for the hundreds of thousands of individuals who have been victimized and displaced by violence, including those who have arrived in Bangladesh. Both sides urged the Myanmar government to end the violence against innocents and ensure that humanitarian relief reaches victims immediately.
Source : 
https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/09/13/joint-statement-enhancing-comprehensive-partnership-between-united


Petikan Kenyataan Bersama PM Malaysia dan Presiden USA.

"Mereka membincangkan keperluan untuk menghentikan krisis kemanusiaan di Myanmar. Kedua-dua pemimpin menyeru kepada pengakhiran kepada keganasan yang mensasarkan populasi awam serta membincangkan untuk keperluan satu respon yang kuat dari masyarakat antarabangsa kepada ribuan jumlah individu dan menjadi mangsa dan terbuang akibat penindasan, termasuklah mereka yang tiba di Bangladesh. Kedua-dua pihak (Malaysia dan USA) mendesak kerajaan Myanmar untuk menghentikan penindasan dan keganasan terhadap mereka yang tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa-mangsa secepat mungkin". (Terjemahan Incikposmen)

Dalam banyak-banyak kepentingan, DS Najib Razak memilih isu Rohingya untuk dibincangkan bersama Trump. Semoga ada perkembangan positif selepas kenyataan bersama ini.



https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/09/13/joint-statement-enhancing-comprehensive-partnership-between-united

https://www.najibrazak.com/bm/blog/hasil-lawatan-ke-amerika-syarikat/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...