Nama Civil
Defence Cheollima atau Pertahanan Awam Cheollima ialah satu organisasi yang
memberikan perkhidmatan kemanusiaan kepada rakyat Korea Utara yang menjadi
ancaman pemerintahan diktatornya. Pertahanan Awam Cheolrima menjadi masyhur sehari
dua ini kerana viralnya youtube anak kepada Kim Jong Nam yang mengaku ayahnya
telah dibunuh. Video tersebut dikaitkan dengan Civil Defence Cheollima atau disebut juga Chollima.
Oleh kerana organisasi ini terlibat membuat kerja-kerja yang mungkin membawa ancaman kepada nyawa petugas atau pun orang yang ingin dilindungi ianya memilih untuk bergerak secara rahsia.
Antara
fungsi-fungsi Civil Defence Cheollima sebagaimana yang dinyatakan di website
mereka ialah;
1) Membantu
rakyat Korea utara menjatuhkan rejim pemerintahan diktator Kim Jong Un.
2 2) Berkongsi
maklumat mengenai isu-isu berkaitan Korea Utara.
3) Melindungi
pelarian dari Korea Utara yang tinggal di mana-mana negara.
Civil Defence Cheollima mengeluarkan kenyataan yang mereka telah membantu ramai pelarian
rakyat Korea Utara dan mereka tidak pernah meminta bayaran atau upah.
Dalam operasi
menyelamatkan keluarga Kim Jong Nam yang menjadi mangsa pembunuhan di KLIA 2,
Pertahanan Awam Cheollima berterimakasih kepada kerajaan Belanda, China dan
Amerika Syarikat serta beberapa kerajaan yang dirahsiakan namanya kerana
membantu operasi berkenaan. Akan tetapi Pertahanan Awam Cheollima turut
mengutuk beberapa kerajaan yang enggan membantu mereka menjayakan operasi
berkenaan. Mungkin kerajaan-kerajaan yang enggan ini berasa kecut apabila
mendengar nama Korea Utara.
Operasi
Menyelamat tiga orang ahli keluarga telah dilakukan dengan pantas dengan
membawa mereka ke tempat yang selamat dengan dirahsiakan lokasinya. Pertahanan
Awam Cheollima menyatakan mereka sebelumnya telah menerima permintaan dari
keluarga King Jong Nam untuk khidmat perlindungan.
Logo Cheollima Civil Defence |
Nama Cheollima diambil dari nama kuda legenda bersayap berdasarkan cerita dongeng orang Korea.
Operasi
menyelamat yang dilakukan oleh Civil Defence Cheollima ini adalah sebagai satu
contoh terbaik bagi menggambarkan apakah itu fungsi pertahanan awam. Pertahanan
awam adalah satu unsur yang bertindak melindungi orang awam ketika bencana
kecil atau besar dan juga ketika menghadapi ancaman buatan manusia.
Keywords
Cheollima / Cheolrima / Chollima Civil Defence
No comments:
Post a Comment