Sunday, 9 November 2014

Sebab Sheikh Imran Hosein tak nak masuk US, UK, India dan Singapura tapi tinggal di Malaysia.

Sheikh Imran Hosein


Kenapa Sheikh ni tinggal di Malaysia pulak? Sila lihat youtube di atas.


Siapa Sheikh ini? Bagi yang belum kenal ini adalah biodata beliau.

Aku ada juga menonton beberapa ceramah daripada youtube disampaikan oleh Sheikh Imran Hosein. Sheikh ni seorang alim yang menghabiskan masa hidup beliau untuk mengkaji teks Al-Quran dan Al-Hadis berkenaan peristiwa akhir zaman ataupun apa yang dipanggil Islamic Eschatology. 

Aku tak lah setuju sepenuhnya dengan apa yang menjadi tafsiran atau ijtihad Sheikh Imran Hosein. Ada juga beberapa perkara yang menjadi ikhtilaf dan aku lebih setuju dengan pandangan alim ulama yang lain. Tetapi secara keseluruhannya pandangan Sheikh Imran sangat compelling

Mungkin sebab tak ramai alim-ulama yang benar-benar dapat menghubungkan dot-dot atau titik-titik petunjuk daripada hadis-hadis yang begitu banyak. Kita perlukan seseorang yang dapat membuat kesimpulan daripada petunjuk-petunjuk tersebut dan dapat mengingatkan umat Islam mengenai bahayanya.

Tak ramai alim-ulama yang dapat mentafsirkan teks yang berkaitan peristiwa akhir untuk zaman akhir ini. Ini hanya dapat ditafsirkan seseorang yang bukan sahaja dapat memahami teks tersebut dalam bahasa Arab, tetapi juga seseorang itu perlu mempunyai kemampuan akal yang setanding untuk menafsirkan teks tersebut dalam konteks realiti akhir zaman ini. Akhirnya alim itu sendiri mestilah mendapat nur petunjuk ilahi bagi maksudnya yang sebenar.

Sebab teks hadis-hadis akhir zaman mungkin datang dalam bentuk simbolik dimana ianya bukanlah sebagaimana zahir perkataannya tetapi perlu ditafsirkan dan ditakwilkan. Dengan petunjuk makna yang benar barulah kita dapat petunjuk yang benar. Oleh itu, dapatlah kita mengenal siapa itu yang sebenarnya dajal dan siapa yang sebenarnya imam Mahdi. Kes haru betullah kalau kita tersalah dan ingat dajal itu pulak imam Mahadi kan? Ye lah. Dah makhluk tu memang penipu tahap paling tinggi punya. 

Antara beberapa pandangan menarik daripada Sheikh Imran Hosein.
  1. Yakjuj dan Makjuj ialah Gog and Magog iaitu Gog sebagai pakatan Anglo-American-israeli  dan Magog adalah Russia.
  2. Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Islam dalam zaman ini yang sanggup mengutarakan idea matawang dinar emas.
  3. Rum yang dimaksudkan oleh Nabi SAW sebagai negara kristian pada akhir zaman ini adalah Russia.
  4. Kapal Terbang MAS 17 tidak ditembak oleh Russia mahupun Ukraine.
  5. India yang asalnya sekular, sekarang telah menjadi negara Hindu, sedang dipergunakan oleh zionis untuk menyerang Pakistan bagi memusnahkan kekuatan senjata nuklear Pakistan dan memecahbelahkannya. Kemudian ia akan digunakan untuk menyerang Bangladesh.
  6. Menyeru rakyat Pakistan supaya menjauhi bandar-bandar seperti Karachi kerana disitu adalah tempat sasaran serangan senjata-senjata daripada India. Seterusnya melarikan diri dan bertahan di kampung-kampung dalam jumlah yang besar bagi melawan kembali tentera India secara gerila.
  7. Pemerintah Arab Saudi bersepakat denga zionis walaupun pada zahirnya ia melaksanakan hukum syariat termasuk hukum hudud.
  8. ISIS ataupun ISIL bukanlah mujahidin yang sebenar dan hanya diperalatkan oleh zionis melalui US dan UK bagi melaga-lagakan Syiah Iran dan golongan Ahlu Sunni.
  9. Sheikh menjawab soalan kenapa dia masih boleh hidup lagi walaupun berceramah anti-zionis tahap maksima, dia jawab sebab dia bukan Arab. Arab itu yang menjadi primary target bagi Israel dan bangsa Islam lain adalah secondary!
Seorang pelajar yang dipercayai Arab menunjukkan
muka risau dengan jawapan Sheikh.
Sekali lagi aku ingin menyatakan di atas adalah pandangan Sheikh, yang mungkin tak mewakili pandangan aku. Aku ada pandangan tersendiri dalam beberapa isu berkaitan. Semoga kita semua dapat petunjuk dan diselamatkan daripada fitnah dajjal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...