Saturday 1 November 2014

Sumpah Yang Dipertuan Agong

Tahukah kita bahawa Perlembagaan Persekutuan menghendaki setiap Sultan yang dipilih untuk jawatan Yang Dipertuan Agong untuk bersumpah sebagai menjalankan tugas Yang Dipertuan Agong Malaysia? 

Sumpah dengan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa memelihara agama Islam pada setiap masa merupakan tugas utama Yang Dipertuan Agong sebagai ketua Agama Islam dalam negara ini.

Ianya juga menunjukkan kedudukan agama Islam bukanlah ceremonial atau pun istiadat semata-mata, jika ianya hanyalah bagi tujuan ceremonial semata-mata mengapa Yang Dipertuan Agong dikehendaki bersumpah sebelum menjalankan tugas sebagai kuasa pemerintahan tertingga untuk menjaganya setiap masa?

Ianya termaktub dalam jadual ke-4 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut;

FOURTH SCHEDULE

OATHS OF OFFICE OF YANG DI-PERTUAN AGONG AND TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Part 1 - OATH OF YANG DI-PERTUAN AGONG

Kami ....................ibni .......................... Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan malafazkan: 

Wallahi; Wabillahi; Watallahi;

page154image12288 page154image12712
maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Ugama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.

Rujukan lanjut bolehlah didapati di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...