Tuesday, 30 June 2015

Apakah itu paradigma? Apa dia paradigma yang paling power?


Uploader ini berpandangan bahawa "the most powerful of paradigm is languange". Bahasalah yang menghalang manusia daripada menggarap realiti yang sebenar. Sehingga manusia hanya melihat bayang-bayang daripada objek realiti. Bayang-bayang itulah konsep.

Sunday, 28 June 2015

Pencerobohan Tentera China ke dalam Sempadan Malaysia


Sedutan Ucapan Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman pada 24.6.2015 di Dewan Negara, perbahasan RMK-11.

Sumber Hansard Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, isu perebutan wilayah di Laut China Selatan. Ancaman negara China terhadap perebutan kawasan di Laut China Selatan nampaknya semakin tegang. Kalau sebelum ini kita melihat telah berlaku persengketaan di antara negara China dengan Filipina dan Vietnam kerana perebutan wilayah. Nampaknya sekarang keadaan tersebut telah mula menular ke wilayah Malaysia. 

Baru-baru ini pada 3 Jun 2015 dalam info FB nya, Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Shahidan Kassim telah melaporkan bahawa sebuah kapal pengawal pantai dari China didapati telah berlabuh di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia selama dua tahun. Kapal ini dikatakan berada di kedudukan benteng lukoilnya Laut China Selatan yang hanya 156 kilometer sahaja dari pantai Sarawak.

TARBIYAH DAP.


WACAA..!!

BIAR GAMBAR BERBICARA

Saturday, 27 June 2015

Puasa untuk Aku, Aku balasnya, perisai neraka

Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim).
puasa itu untuk-Ku”
Semua amalan kita adalah untuk kita (ganjarannya). Allah sangat permurah dan membayar faedahnya (pahala) kepada kita.
Berbanding ibadat lain, puasa adalah satu ibadat yang tersembunyi. Misalnya kita boleh berpura-pura puasa di hadapan orang dan boleh tinggal puasa waktu bersendirian. Kerana itu dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

Friday, 26 June 2015

Kalau aku terpaksa memilih dosa.. di bulan puasa ini.


Diantara dosa melihat Farah Ann melakukan gimnastik dengan aksi slow motion dan satu lagi memilih berbuka di restoran korea yang tak diketahui halal atau haramnya. 

Nescaya aku memilih dosa melihat Farah Ann dalam aksi sebegitu. Walaupun ramai yang kata pilihan kedua itu bukan dosa.

Itu kata mereka. Nak tau ramai ke tak ramai cuba tengok kat mall masa nak berbuka. 

Thursday, 25 June 2015

Kisah Bisnes : Manufacture and Marketing


Sebelum puasa haritu aku sempat singgah ke satu kafetaria ni. Singgah nak makan kejap. Jumpa la mihun sup. Kemudian aku pun cari la air nak minum. Cari pula gerai minumannya sebab dekat situ memang ada beberapa gerai. Kawasannya bersih dan aku memang suka makan di situ.

Makanya berjumpalah aku dengan seorang pengusaha gerai ni. Sebab aku order minum daripada dia. Hot Coklat. Rupanya segala air minuman ni dari 3 in 1. Dia ada macam-macam, mocha, coffee, hot choclate, tea dan macam-macam lagi yang aku tak sempat nak tengok. Yang menariknya ialah bila mak cik ni cakap semua itu adalah produk dari kilang dia.

Mak cik ni manufacture produk dia dan market sendiri !! 

Mohon Al-fadhil Ustaz-ustaz, alim-ulama, pencetus-pencetus ummah dan imam-imam muda..


Tolong jawab soalan atau pertanyaan ini. 

Kesian yang mencari jawapan di google tapi bila masuk ke incikposmen, tak berjumpa jawapannya. Dah berpuluh tahun kami mengaji pun tak tahu apa jawapannya.

Siapa tahu bolehlah tolong jawabkan ye. Ataupun terbaca kat kitab mana-mana ke.

Tuesday, 23 June 2015

Kelebihan Ramadhan: Bulan Al-Quran diturunkan

Salah satu dari kelebihan Ramadhan ialah ia adalah bulan dimana Al-Quran diturunkan dari LOH MAHFUZ ke Langit dunia (Baitul Izzah) pada malam Lailatul Qadr 
Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)
Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya. 
Ayat pertama yang diturunkan iaitu IQRA’ tidak diturunkan semasa bulan Ramadhan tapi semasa Nabi berada di Gua Hira’.
Siti Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” 
Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.”Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” 
Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya serta berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith)
Dari 12 bulan, hanya 1 bulan iaitu Ramadhan yang dipilih. Sudah tentu besarnya rahmat dalam bulan ini. Selain itu Quran juga adalah petunjuk dan rahmat. 
Baqarah [185](Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….
Dalam hadith juga disebut sesiapa yang bertadarrus pada bulan Ramadhan akan diberi tawaran pengampunan oleh Allah SWT. Selagi Quran masih ada diampunkan dosa kita kerana pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam.
Sumbernasbunnuraini.wordpress.com

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu - No 2.



Kita tiba lagi bagi sesi perkongsian ilmu seterusnya. Sebelum ini saya telah bicarakan berkenaan 3 unsur penting dalam posting yang lepas. 3 unsur ini adalah asas kepada satu perbuatan atau pun dalam menjalankan sesuatu urusan.


Kali ini kita akan lihat salah satu daripada 3 unsur berkenaan dan lihat bagaimana aplikasinya dalam perbincangan secara berkumpulan dalam urusan bisnes.

Monday, 22 June 2015

RESIPI MEE REBUS HJ. WAHID




Orang Johor mesti familiar dengan mee rebus Hj. Wahid yang femes and delicious. Kedai asalnya di Plaza Angsana JB memang sering dikunjungi orang ramai dari seluruh pelusuk negeri. Tengok gambar pun dah menyelerakan. Tapi untuk anak-anak Johor di perantauan yang rindukan rasa mee rebus ni bolehlah cuba resipi yang dikongsikan di internet ni. Cuma tak taulah rasanya sama ke tidak sebab x cuba lagi. Sapa dah cuba bolehlah share kat sini verdict nyer. Jom tengok resipi mee rebus Hj. Wahid kat kat bawah ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...