Thursday 9 November 2017

Siapakah Ekstrimis?


Perkataan Mat Saleh "ekstreme" ni digunapakai dalam bahasa Melayu kalau terjemah jadilah "melampau". 

Sebab penggunaannya sangat umum dan boleh dipakai untuk banyak konteks makanya pihak-pihak tertentu akan menggunakan untuk kepentingan pihaknya. 

Termasuklah pihak incikposmen sendiri, kerana apa yang dianggap betul oleh satu pihak tu sudah tentulah dipertahankan dan mereka berasa di pihak yang benar. 

Contohnya kumpulan ahli Parlimen India dari DAP dan PKR yang menyerang Dr Zakir Naik sudah tentu berhujah dengan mendakwa Dr Zakir Naik itu adalah pengganas dan seorang yang suka mengkritik agama-agama orang lain. Ini dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri di dalam perbahasan parlimen itu.

Dalam konteks Dr Zakir Naik, perkataan ekstrimis itu dikaitkan dengan terrorist atau pengganas.

Contoh lain, orang yang mempersoalkan kenapa Ustaz Zamihan ditugaskan memulihkan fahaman ekstrimis kerana orang itu mendakwa Ustaz Zamihan itu seorang yang melampau. Di sini jelas penggunaan perkataan ekstrimis itu disama ertikan dengan sifat melampau. 

Tetapi bukanlah maksudnya sampai kepada pengganas atau terrorist. Kerana undang-undang menghendaki sabitan perkataan pengganas itu dengan adanya perlakuan keganasan. Sudah tentu Ustaz Zamihan tidak termasuk dalam orang yang boleh ditangkap atas sebab perbuatan terrorism atau keganasan ini. 

Perkataan extreme juga digunakan di dalam sukan dan diwar-warkan dalam kempen sukan lasak tertentu. Sukan ini adalah sukan yang melampaui kebiasaan. 

Orang Islam melihat perbuatan keji seperti meminum arak, berzina, LGBT dan lain-lain perbuatan munkar sebagai perbuatan yang melampau dan ekstrem. Bila sudah ekstrem, pelakunya menjadi ekstrimis. 

Seorang penulis terkenal, RPK menyatakan dalam tulisan beliau baru-baru ini mempertikaikan ketidakadilan dan biased yang berlaku kepada orang Melayu Islam oleh portal terkenal Malaysiakini. Beliau mempertikaikan kenapa ketika Ambiga, seorang India dan Hindu (agama yang mempersekutukan Tuhan) dipertikaikan perbuatannya, beliau tidak boleh dikritik dan perlulah bercakap dengan baik dalam mempersoalkan perbuatan beliau. 

Tetapi apabila mereka memperkatakan DS Rosmah Mansur, seorang Melayu dan Islam (agama yang meng-Esakan Tuhan), mereka dengan sukahati menghamburkan kutukan, cercaan, penghinaan dan berterabur fitnah-fitnah dicampakkan?

Jelaslah disini adanya biased. Dalam mentakrifkan ekstrimis pun ada biased. Pihak tertentu akan menuduh pihak lain sebagai ektrimis tetapi tidak untuk pihaknya sendiri. 

Kalau pihak sendiri mendakwa sebagai free speech atau kebebasan bersuara tetapi bagi pihak lain itu adalah didakwa sebagai mengkritik agama-agama lain. 

Apakah itu ideologi yang dikaitkan dengan ektrimism atau terrorism.  Kalau dalam konteks agama Islam, sebenarnya ulama-ulama sudah mengenalpasti ideologi yang dikaitkan dengan lahirnya fahaman terrorist ini. Dikatakan juga, negara Arab Saudi sendirikan sedang membersihkan fahaman-fahaman seperti ini dalam kurikulum pembelajaran mereka. Supaya tiada kumpulan seperti Daesh dapat mendakwa mereka menggunapakai ajaran-ajaran tertentu yang berasal daripada Arab Saudi. 

Di incikposmen.blogpsot sendiri pun sudah ada mengeluarkan posting berkaitan. Antaranya seperti di sini

Orang yang dikatakan layak untuk memulihkan fahaman orang seperti ini adalah orang yang mempunyai fahaman yang antitesis kepada fahaman itulah. Bukannya orang yang satu tesis dengan mereka. 

Mungkin atas sebab itulah Timbalan Perdana Menteri melihat Ustaz Zamihan sebagai seorang yang mempunyai fahaman yang berlawanan dengan fahaman literalism songsang lagi ektrime ini dan beliau juga seorang yang berani dan tegas maka beliau layak serta kompeten menjalankan tugas-tugas pemulihan ideologi pengganas aka ekstimis. Beliau dianggap sebagai aset.

Dan ekstimis dalam konteks itu bukanlah setakat perbuatan melampau tahap-tahap sukan ekstreme sahaja. Itu adalah Perbuatan pengganas, bermaknanya yang menyalahi undang-undang negara dalam bentuk mengancam nyawa, harta benda, ketenteraman awam dan keselamatan negara maka boleh ditangkap serta diambil tindakan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...