يَا هَنَانَا
Betapa beruntungnya kami
يَا betapa, هَنَا beruntungnya, نَا kami.
Sinopsis
Kenapa tidak beruntungnya? Ketika hakikat penciptaan itu ada diutuskan kepada kita dan dengannya kita menyelusuri kehidupan yang menjadi ujian kepada semua manusia itu.
Iaitu Nabi SAW yang diutuskan sebagai Nabi dan Rasul terakhir.
Beruntungnya kita kerana kita menjadi umatnya. Umat kepada sebaik-baik makhluk diciptakan. Dengan sedaya upaya kita pun mencontohi teladan daripada peribadi agung ini. Yang diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Bukannya menyebarkan keganasan, kebencian dan terror.
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
(Hadis Sahih - Muwatta')
Namun demikian kita adalah serba kekurangan, oleh itu juga kita mengharapkan syafaat daripada baginda SAW pada hari kebangkitan kelak bagi menampung segala kekurangan kita.
Adapun lirik di bawah adalah berdasarkan susunan yang diqasidahkan oleh Habib Syech. Yang versi lain mungkin berbeza sedikit susunannya.
__<<>>__
ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّد
Telah zahir agama yang diperkuatkan / didukung
بِظُهُوْرِ النَّبِيْ اَحْمَد
Dengan kemunculan Nabi (bernama) Ahmad
ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّد
Telah zahir agama yang diperkuatkan / didukung
بِظُهُوْرِ النَّبِيْ اَحْمَد
Dengan kemunculan Nabi (bernama) Ahmad
__<<>>__