Friday, 19 September 2025

Hatiku Bersujud - Qalbi Sajad Lirik dan Terjemahan

Sumber Maher Zain

Mungkin ada yang suka lagu Islamik ini kerana melodi yang perlahan dan tiba-tiba waktu Chorus seakan-akan lagu balada Melayu.

Apa pun, maksud lagu ini adalah menzahirkan hati yang bersujud maknanya tunduk dan patuh serta berhajatnya kepada Allah Tuhan Pencipta sekalian alam. Kerana seseorang itu tidak akan wujud tanpa ada Yang Mewujudkan. Orang itu tidak wujud dengan sendiri dan tidak mempunyai kuasa dan kehendak untuk wujud sendiri. Oleh itu wujud kita itu tergantung kepada wujud yang Hakiki.

Kebiasaannya apabila menulis lirik lagu kita menggunakan bahasa standard Arab, dari segi baris dan ejaan. Tetapi apabila melagukan itu, penyanyi menggunapakai lahjah atau dialek tertentu. Oleh itu kita dengar sedikit berlainan dari ejaan lirik. 

Contohnya وَ kita dengar sebagai وِ atau wel. 

عَلَى بَابِك tetapi penyanyi sebut عَلَى بَابَك

غَيْرُكَ disebutnya غِيْرَكَ

Dan lain-lain lagi yang bolehlah kita pelajari melalui pemerhatian sendiri.


Thursday, 4 September 2025

Tolama Ashku Gharami - Imad



Hari ini Jumaat, 5 September 2025 adalah Hari Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia. Sempena itu diterjemahkan nasyid atau lagu qasidah dari penyanyi Imad yang terkenal suatu ketika dahulu melagukan qasidah/nasyid di Malaysia.

Di dalam bait teksnya Nabi SAW dipanggil dengan nama cahaya kewujudan (نُورَ الْوُجُودِ).

Ini bertujuan untuk memperlihatkan keutamaan Nabi SAW sebagai sebaik-baik makhluk. Ini kerana Allah (Cahaya Hakiki) menciptakan cahaya (makhluk) dan dari cahaya itu terciptalah makhluk-makhluk yang lain. Qalam dan Luh itu juga diciptakan daripada cahaya.

Makhluk itu adalah apa jua selain Pencipta (Allah), juga dinamakan sebagai alam semesta. Allah tidak menciptakan alam itu dengan sia-sia atau main-main. 

Alam itu menzahirkan makna untuk sifat-sifat Pencipta dan yang paling memahami makna-makna itu adalah sebaik-baik makhluk. Kiranya benchmark yang paling tinggilah.

Dari segi lain pula, selain alam semesta itu menzahirkan makna untuk Penciptanya ia juga menzahirkan ketetapan tertinggi bagi makhluk yang mengenali-Nya. Itulah kedudukan kehambaan tertinggi yang dimiliki oleh Nabi SAW.

Keutamaan yang dimiliki oleh Nabi SAW yang juga telah diangkat melepasi Sidratul Muntaha yang tidak boleh dilepasi oleh mana-mana malaikat.

Wallahua'lam

Rujukan Nasyid/Lagu

Imad Malayisa - Topic (Youtube)

Monday, 1 September 2025

Huwa Ahmadun / Dialah Ahmad Lirik dan Terjemahan

Kredit 

Dalam lagu Islamik ini terkandung nama-nama Nabi SAW yang diambil daripada hadis Nabi SAW. Nama-nama tersebut ialah;

Ahmad - Yang Paling Terpuji
Muhammad - Yang Banyak Dipuji
Al-Mahi - Sang Penghapus
Al-Hashir - Sang Penghimpun
Al-Aqib - Sang Penutup/Penamat para nabi

Dengan mendengar lagu ini kita dapat mengenali sebahagian nama-nama Nabi SAW dan sifat-sifatnya semoga bertambahlah kecintaan kita kepada baginda. 

Kerana pencinta itu bersama dengan yang dicintainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...