Tuesday, 30 September 2014
Betul ke Google Street View tak selamat ?
Sejak dua tiga hari ni dekat media sosial ramai yang sedang memperkatakan pasai Google Street View ni. Ramai jugak yang suka dengan menatang ni dan tak kurang jugak yang rasa tak selesa dan tak selamat.
Kalau korang nak tahu, boleh di katakan Google Street View ni dah cover seluruh Malaysia. Kalau dulu kita hanya boleh tgk map atau imej satelit sekarang ni kita dah boleh tengok gambar jalan termasuk bangunan yang ada disekelilingnya. Menarikkan ???
Macam mana diorang buat menatang ni ???
Nak kata senang pun tak gak tapi korang pernah terperasan atau terserempak dengan keta ni tak ???
Proton Iriz videos by Paul Tan
MENGEMBALIKAN KHALIFAH oleh Tun Dr Mahathir
1. Umat Islam sekarang sudah sampai ke peringkat cemas dan bahaya. Bahayanya bukan hanya kepada diri mereka tetapi kepada agama mereka. Ini adalah oleh kerana agama Islam sudah di hijack oleh pihak tertentu yang mengganti ajaran Islam sebenar dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam. Apabila ajaran ini dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan, ulama dan umarak enggan membantah, bahkan ada yang agak tertarik dengan ajaran-ajaran ini. Dengan sikap ini agama Islam akan menjadi lain daripada Islam yang diwahyukan kepada Nabi oleh Allah s.w.t.
Menteri KPKT pulak menjawab twitter DAP
Berikut adalah jawapan melalui twritter daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila dituduh sebagai rasis oleh DAP dalam usaha beliau menangani penipuan pemaju perumahan yang menipu pembeli bumiputera.
Ianya berkaitan surat daripada seorang pemaju perumahan yang menyiasat mengenai harga jualan rumah untuk bumiputera yang tidak mengikut harga sepatutnya. Posting surat berkenaan di sini.
Monday, 29 September 2014
Menteri Dalam Negeri jawab sms blogger Din Turtle!!
Ni berasal daripada perasaan tak puas hati blogger Din Turtle terhadap gambar di bawah ini..
Dia pun smslah Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri. Ingatkan tak dijawabnya, tapi tiba-tiba sms masuk dan berbunyi begini..
NEGARA ISLAM (I.S.) - Tun Dr Mahathir
Gambar dulu-dulu. |
1. Di Iraq satu gerakan Sunni sedang melanggar dan menawan sebahagian yang tidak kecil dari negara itu. Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah ini dengan menewas tentera Iraq.
2. Pasukan IS ini adalah begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Kita dapat lihat dalam media alternatif bagaimana tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang dan jatuh tersungkur.
In defence of true teaching of Islam.
There are so many tribulations nowadays. Matched precisely with what
was foretold by the Prophet (Pleased be upon him). In one saying, a tribulation
is said like a condition of a black ant on a black stone in a dark night. One
hardly knows the truth. The actual facts are hard to be known. Because there
are so many other false information being disseminated to represent the truth.
Nowadays, Islam the religion, being harassed with character
assassination by numerous groups with specific agendas, in order to instill in
minds of the people at large so that they only know of Islam except extremism
and evilness.
The international media propaganda goes on to the extent that they
labeled certain militant group by the name “Islamic State”. Of course, with the
hope that it gives certain characterial damage to the name which actually
refers to an attribute of a state.
So what is Islam is all about then?
Sunday, 28 September 2014
Mana untanya? Cer zoom sikit !!
Saturday, 27 September 2014
Belajar dari Apple – Keistimewaan Macbook
Aku nak tunjukkan satu benda ja, Macbook Apple. Aku memang pakai
Macbook Apple dan aku dapati “laptop” Apple ni sangat praktikal.
Sampai ketika aku bawak Macbook ni dalam satu worksyop dulu, ada
seorang rakan business aku menyindir aku dengan perkataan “Apple Fanboy”.
Selama memakai Macbook Apple ni itulah pertama kali aku mendengar perkataan
“Apple Fanboy”. Sebabnya aku pakai Macbook bukan sebab aku taksub kepada Apple.
Aku tak pernah memiliki Iphone pun. Betul.. tak ada. Kalau brand, aku lebih
cenderung kepada Toshiba. Laptop aku dulu Toshiba. Water boiler, hardisk dan
mesin basuh aku Toshiba.
Tapi kenapa aku pakai Macbook sekarang? Inilah beberapa kelebihannya.
Viral : TIPU DAYA HALUS PEMAJU PERUMAHAN TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA
Sebuah Blog iaitu dinturtle.blogspot.com telah membuat posting berkenaan satu surat yang dikatakan telah menjadi viral dalam Whatsapp. Surat ini mendakwa pemaju perumahan tertentu telah menipu pembeli bumiputra sehingga mereka sebenarnya membayar harga rumah lebih daripada harga sepatutnya. Jika ini benar, ianya adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak hairanlah ketika ini ramai orang-orang Melayu merungut tidak mampu untuk membeli rumah.
Kapada,
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan
YB Dato',
Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.
Friday, 26 September 2014
Titah ucapan Sultan Selangor - Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.
Tu sebab nak mansuh Akta ni kena kaji betul-betul.
Thursday, 25 September 2014
Cacing dalam Sushi.
Wednesday, 24 September 2014
Kisah bisnes : The Loaf – Singgah di kedai Roti Tun Dr Mahathir.
Sebelum salah seorang author Incikposmen ni cari pasal dekat blog
Che Det baik aku buat courtesy visit kat salah satu bakery Tun Dr Mahathir.
Yang ni dekat Pantai Cenang, Langkawi.
Nak juga aku rasa makan rasa makan roti-roti bakery Tun ni. Apa
kelebihan kedai roti Che Det ni?
Tuesday, 23 September 2014
Guan Eng kata PAS khianat : Bila PAS nak tarbiyah DAP ni? - Pak Long
Mampukah PAS membebaskan diri dari dikawal orang lain? |
Sejak "tahaluf siyasi" PAS bersama-sama DAP selepas terpengaruh dengan pesona Dato' Seri Anwar Ibrahim dan terhanyut dengan konsep asing makkal sakhti, PAS lebih dipengaruhi oleh parti DAP berbanding DAP dipengaruhi oleh Parti PAS.
"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Kata Lim Guan Eng.
Sumber Malaysian Insider.
Monday, 22 September 2014
MB Baru Selangor
Berakhir sudah satu filem epik yang panjang. Lagi panjang daripada
semua filem-filem Lord of the Ring!
THE ISLAMIC STATE - Tun Dr Mahathir.
1. Suddenly, out of the blue almost there appeared in the Middle East a powerful force seemingly moved by a desire to set up an Islamic state, a Caliphate no less.
2. And this force has been amazingly successful. They have literally conquered swathes of Iraq and have set up a Government. They are set to advance further and the Iraqi forces have not really been able to stop them.
3. Where did they come from? Just like the Taliban they were created by the United States of America.
Saturday, 20 September 2014
Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh (Update dari Pak Cik)
Buku Memoir Shamsiah Fakeh. Tetapi dalam buku ini tiada kisah-kisah mistik tersebut. |
Saya menulis lagi kali ini. Mungkin author-author lain agak sibuk dan tidak dapat melakukan penulisan. Mereka meminta saya untuk menulis lagi. Saya berfikir selepas itu tentang apa yang hendak ditulis. Apa yang boleh saya berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk bersama-sama dimanfaatkan.
Kerana, saya memegang satu prinsip, apa-jua yang diperkatakan dan disampai akan dipertanggungjawabkan. Sekiranya kita melakukan salah pasti kita akan terima akibatnya. Jika tidak kita terima di dunia, maka kita pasti terima di akhirat.
Friday, 19 September 2014
QADA, QADAR & PARALLEL UNIVERSE - By Afterdark
Love this bro. So this is the third blogger I am messing with. After Helen and Zamkata. Next would be Tun Mahathir. Hahaha.. Just kidding bro..
I just like to give my view and comments on some of his articles. Just sharing what I know from my understanding. Hopefully I am able to be doing that soon. Since I am having slight difficulty of following certain concepts discussed that seems so privy to a fraternity discussion.
Afterdark's articles are very informative, enjoyable, based on Islamic faith, critical as well as creative and worth reading. Mind you that we are messing with an author with a high level of mind thinking, clearly manifested through all of his articles.
By this posting I just like to share one of his article. As I said I would try to give my view on this article later on, in my future posting. May be something from my experience and little knowledge on the "parallel universe" thing. This article may relates to a subject matter called metaphysic. He shared some of his view on the matter quoting parallel universe. Despite comments on muslim's faith of qada' and qadar.
Sharing..
Khasiat daun sirih sebagai ubat batuk.
Saya masih diminta untuk menulis pada blog ini kali ini. Ini adalah permintaan salah seorang author blog yang meminta saya mengisi ruang waktu ketika author-author lain mempunyai urusan lain dan tidak dapat membuat sebarang penulisan untuk tempoh tertentu.
Saya sendiri tidak menjangkakan akan membuat posting kali ini. Tetapi tidak mengapalah. Saya asalnya bersetuju untuk menulis di dalam blog ini setelah melihat Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi sendiri menulis dalam blog masing-masing.
Thursday, 18 September 2014
Awan yang aneh di Genting Highland
Awan yang keluar secara tiba-tiba dan tidak putus-putus. |
Fenomena ini saya perhatikan dalam satu lawatan saya ke Genting Highland beberapa tahun yang lepas. Walaupun ianya telah lama namun demikian kejadian tersebut menjadi tanda tanya kepada saya sehingga ke hari ini.
Awan yang muncul secara tiba-tiba
Wednesday, 17 September 2014
Kisah bisnes : Integriti
Memetik daripada artikel TheMalaysianinsider ketika membuat liputan mengenai ucapan Tun Mahathir ketika merasmikan buku Anas Zubedy, "Wahai Melayu" pada 11 September 2014.
He spoke of his experience running a bakery after his retirement from politics.
Apa salah dia?
Azmi Sharom, Lawyer dan Pensyarah Universiti Malaya, juga seorang kolumnis The Star. |
Aku baca artikel daripada kolumnis The Star ni hari ni. Aku tak
kenal sangat dia ni. Kalau aku baca The Star pun, artikel dia jarang aku baca.
Cuma kadangkala aku ada terbaca juga.
Seperasan aku mengenai pendekatan penulisan dia, memang menunjukkan yang
dia seorang berani. Berani dalam memberikan pandangan. Sebab aku tak baca
banyak maka aku tak tahulah sangat hala tuju penulisan dia.
Tapi baru-baru ini, kecoh sebab dia kena dakwa. Kena dakwa pulak di
bawah Akta Hasutan 1948. Dah tu pulak, artikel dia keluar The Star hari ni.
Kali ni aku tumpukan pembacaan aku tentang apa yang nak dia perkatakan. Aku
cuba memahami apa yang berlaku. Mungkin dalam artikel kali ini dia bersifat
defensive terhadap pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.
Tidak!
Tuesday, 16 September 2014
Risaukan perkembangan di Malaysia, Pak Lah buka blog sendiri?!!
Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ini secara rasminya mempunyai blog beliau sendiri dengan artikel pertama yang berjudul...
Monday, 15 September 2014
Ada apa dengan buku novel Fixi?
Aku aritu tangkap sorang adik ni.. dan ugut dia. Aku paksa dia ceritakan rahsia kenapa generasi muda sekarang baca buku novel Fixi.
Inilah jawapannya.
Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.
Connection semata-mata bukan faktor memudahkan urusan bisnes. Maksudnya
terlalu bergantung kepada networking. Kadangkala kita explore kemungkinan yang
ada.
Aku nak berkongsi pengalaman la sikit, sikit je la pengalaman bisnes
aku ni. Maklumlah aku bukannya “terer”rist. Aku pulak takleh nak cerita detail
sebab ini membabitkan client confidentiality. Ada seorang Ustaz aku tu ajar aku
yang “pengajaran diambil daripada umumnya lafaz”. So, aku cerita umum saja la k…
Don't Disturb Key Thrusts In Social Contract - Dr Ahmad Zahid Hamidi
BESUT, Sept 13 (Bernama) -- Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today reminded all quarters not to try to disturb the four key thrusts in racial relations printed in the Federal Constitution as the national social contract.
While stressing that Umno would be on the front line in defending the thrusts, Ahmad Zahid said any disruption of the thrusts would affect the racial stability in the country.
While stressing that Umno would be on the front line in defending the thrusts, Ahmad Zahid said any disruption of the thrusts would affect the racial stability in the country.
Saturday, 13 September 2014
This is no longer Dr Mahathir management era - by Pak Long @ incikposmen.blogspot.com
I repost this comment of mine which previously re-published in one posting of Blogger Zamkata. This is my personal view and may not be representing the rest of the authors of incikposmen. Of course people may agree or disagree based on their own reasoning, experience and perhaps political inclination.
Thank you blogger Zamkata for the attention. For readers, please ignore the grammar and spelling mistakes. Hahaha.
Friday, 12 September 2014
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) Malaysia meningkat 6.4% untuk suku ke 2.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2014 mencatat pertumbuhan 6.4 peratus berbanding 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
Pencapaian suku kedua itu dijangka mampu melepasi sasaran 5.5 peratus tahun ini setelah KDNK separuh pertama mengukuh kepada 6.3 peratus berbanding separuh pertama 2013 sebanyak 4.4 peratus.
A Note to Helen - by Pak Long@incikposmen.blogspot.com
May Selangor represents major trending of all states in Malaysia? A good point raised by Helen Ang. |
This refers to previous posting on my response to an article by
Helen Ang. The article was about the
name of Malaysia. I did some commenting on the article and there was one reply
by Helen that had raised a good point to think about. You can read my previous writing here.
The full article by Helen can be reached here.
Just to note Helen that I have found the same ISMA banner at Kajang and the permit is approved by Majlis Perbandaran Kajang. You can see the picture at the end of this posting.
Thursday, 11 September 2014
Ratusan tentera amerika mendarat di Kuala Terengganu ???
Sejak semalam byk berita terutamanya di blog mengenai kegusaran orang terengganu yang melihat ramai tentera amerika mendarat di lapangan terbang KT. Katanya tentera amerika ni diterbangkan dari diego garcia!
Ada jugak rakan-rakan Incik Posmen yang share gambar-gambar aset ketenteraan amerika yg dikatakan di sebuah kem di terengganu.
Apa sebenarnya tujuan tentera amerika datang ke terengganu kitew ni reremai ????
Ada jugak rakan-rakan Incik Posmen yang share gambar-gambar aset ketenteraan amerika yg dikatakan di sebuah kem di terengganu.
Apa sebenarnya tujuan tentera amerika datang ke terengganu kitew ni reremai ????
V for Vendetta @ Guy Fawkes ni sebenarnya baik ke jahat?
Ada rasa spooky tak bila tengok wajah ni? |
Topeng ni ada juga yang menamakannya sebagai topeng Anonymous.
Aku secara peribadi tidak menyukai topeng V for Vendetta ini.
Pertama sekali bila aku lihat topeng ini ia mengingatkan aku kepada kepada
gambaran rupa paras orang Portugis yang datang menjajah Tanah Melayu suatu
ketika dahulu. Mungkin aku silap. Mungkin orang asal yang menjadi muka topeng
ini bukan orang Portugis pun.
Tarikh 11 September, Konspirasi 911.
KONSPIRASI 911
Siri 1
Wednesday, 10 September 2014
Bersabarlah adik-adik....
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.
Kelebihan Iphone 6 dan Iphone 6 plus.
Iphone 6 dan Iphone 6 Plus.
“..tidak diragukan lagi ini adalah Iphone terbaik yang pernah kami (Apple) keluarkan”
Tim Cook – CEO Apple.
Mungkin mengkaji kelebihan hand phone paparan skrin besar yang diperkenalkan oleh Samsung dengan produk Samsung Note 1, 2, 3 dan 4. Apple kini mengumumkan pula Iphone terkini yang lebih besar paparannya tetapi lebih nipis.
Ianya dikeluarkan untuk 2 jenis model iaitu Iphone 6 dan Iphone 6 plus. Apakah kelebihan model terbaru Iphone ini?
Tuesday, 9 September 2014
Tahniah kerana berjaya menjawab soalan Matematik!
Di sini Pak Long nak ucap tahniah kepada satu Parti Politik ni. Sebab pimpinan ulamanya berjaya menjawab soalan Matematik yang ANEH haritu. Memang aneh soalan itu, sebab yang boleh menjawabnya hanya budak-budak sekolah. Kalau dah jadi orang dewasa susah pulak nak jawab soalan matematik tu.
Bagi yang belum tahu apa soalan matematik yang ANEH tu bolehlah skroll ke bawah, lihat ada satu posting tentang itu.
Hikmah soalan matematik yang ANEH itu
Monday, 8 September 2014
Nak Pegi Oversea ? Dah check LHDN ?
Korang ada plan nak pergi cuti-cuti oversea ? Kalau ya pastikan korang bukan setakat clear PTPTN tapi juga LHDN.
Berkuatkuasa 25 Ogos 2014 LHDN akan mula menyenarai hitamkan pembayar cukai pendapatan yang masih belum melunaskan cukai mereka bagi perjalanan ke luar negara.
Untuk semakan senarai hitam luar negara sila ke http://sspi2.imi.gov.my
--------------------------------------------------------------------------------
The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.
If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.
Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.
http://sspi2.imi.gov.my
Berkuatkuasa 25 Ogos 2014 LHDN akan mula menyenarai hitamkan pembayar cukai pendapatan yang masih belum melunaskan cukai mereka bagi perjalanan ke luar negara.
Untuk semakan senarai hitam luar negara sila ke http://sspi2.imi.gov.my
--------------------------------------------------------------------------------
The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.
If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.
Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.
http://sspi2.imi.gov.my
Apa itu “nisbah”? Tanya Mata Najwa. (Bahasa Indonesia vs Bahasa Malaysia)
(Update video penuh program Sayed dan Najwa di bawah)
Hahaha.. Malam ini aku aku duduk depan TV lagi lepas seharian
berurusan bisnes dengan klien-klien.
Kali ni aku menonton program Sayed dan Najwa. Sayed Munawar merupakan
pengacara senior RTM manakala Najwa Shihab atau nama sebenarnya Sharifah Najwa
adalah pengacara terkenal yang mengacara rancangan Mata Najwa di Indonesia.
Aku tergelak dalam hati bila Najwa bertanya maksud perkataan “nisbah”
yang digunapakai Sayed Munawar ketika menyoal pengalamannya sebagai pengacara yang masyhur. Sayed kemudiannya menggantikan dengan perkataan inggeris “ratio”.
Barulah Najwa faham dan menjawab soalan Sayed.
Are Malaysians racist? (WARNING EXPLICIT DIALOGUE)
Tahniah dan syabas admin ucapkan kepada Naga DBB atas penghasilan video klip ini.
Sunday, 7 September 2014
Tips bisnes : Buat surat anda dalam Powerpoints?
Pernah tak anda dengar syarikat-syarikat besar antarabangsa mereka
tidak menggunakan Microsoft Word atau yang setaranya macam OpenOffice bagi
tujuan menyurat hatta dalam penulisan laporan sekalipun. Sebaliknya mereka
menggunakan Powerpoint untuk menulis surat kepada bos-bos ataupun dari top management kepada orang bawahan!
Saturday, 6 September 2014
Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.
Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.
Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.
Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.
Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.
Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.
Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.
Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Soalan matematik yang ANEH!!
Tapi jika diberikan kepada orang-orang dewasa, ramai yang kantoi.
Sehingga mereka yang tahap professional, ahli-ahli akademik, ahli-ahli
parlimen, peguam-peguam malah guru-guru yang mengajar matematik pun kantoi
jugak dengan soalan ni!
Soalan yang aneh itu ialah..
Tarikh 7 September... Mengingati Sejarah “Dawn Raid”
Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London
pada 1981.
Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.
Friday, 5 September 2014
Perhatian Perokok!
Perhatian Semua Perokok!
Berikut adalah harga baru rokok-rokok kegemaran anda!
Mungkin lepas tgk ni ada antara yang dah berkira-kira nak berhenti.... he he he
#FitMalaysia
Jeritan batinku....
Wow! Berbakat betul anak kecil ini...
Sedap betul dia nyanyi lagu ni... Siap main gitar lagi...
Bukan senang nak nyanyi lagu jeritan batinku ni...
Admin pun tak lepas kalau nyanyi kat karoke ! :)
Bukan senang nak nyanyi lagu jeritan batinku ni...
Admin pun tak lepas kalau nyanyi kat karoke ! :)
PPS kerajaan DAP vs Askar Sultan Johor.
Ada orang tanya apa beza..
1) Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan DAP
2) Pasukan Tentera Sultan Johor (Johor Military Force)
Kenapa Sultan Johor boleh tubuh pasukan tentera sendiri sedangkan
kerajaan DAP, Pulau Pinang nak buat pasukan “enforcement” sendiri tak boleh?
Kenapa PPS diharamkan?
"..sekalipun ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, apakah fungsinya boleh meliputi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam? " - Salleh Buang.
Thursday, 4 September 2014
Luangkan masa anda dan tonton klip ini....
Admin nak share bagaimana sebuah kelab La Liga Sepanyol memberikan penghargaan kepada seorang peminatnya, Gohan yang menghidap kanser.
Begitu menyentuh hati.
Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?
Selepas penat berurusniaga sepanjang hari, aku pun malam ni duduklah depan TV. Malam ni aku menonton rancangan Titian Ombak oleh TV Al-Hijrah. Rancangan kali ni menceritakan kisah Palembang, Indonesia dari segi sejarah kesultanan, kedatangan Islam dan peperangan Palembang dan Belanda.
Apa yang menarik bagi aku ialah bila wakil TV Al-Hijrah yang membuat
liputan daripada Palembang itu di sambut oleh Sultan mereka dan baginda
bermurah hati untuk turut sama terlibat dalam menerangkan sejarah makam-makam
di Palembang. (Malah turut menjadi model iklan di akhir rancangan bagi
mempromosikan produk Auralife!! Video di bawah)
Kopi Beracun ??
Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.
Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.
Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.
Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. – Harian Metro
5 Pengajaran Cinta Untuk Anda Semua Dari Drama Rindu Awak 200%
Drama yang menjadi sebutan ramai, lakonan pelakon kacak Zul
Ariffin dan Ayda Jebat baru saja berakhir . Penulis pasti, ramai
yang mula rindu ternanti-natikan drama itu, kan?
Penulis pun sama. Tetapi tahukah kamu, ada banyak pengajaran dalam percintaan dan perhubungan yang boleh kamu pelajari dari drama keluaran TV3 tersebut? Kami kongsikan lima pengajaran yang boleh kamu pelajari dari drama bersiri Rindu Awak 200%.
1) Percaya kepada pasangan
Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan kemana. Walaupun ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.
2) Sentiasa bersedia untuk dengar sesuatu perkara dari pelbagai pihak & pelbagai sudut
Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.
Wednesday, 3 September 2014
@pretty_preyana... nama Twittermu tak secantik adabmu.
Sedih admin bila terjumpa tweet yang tidak bertanggungjawab dan biadap seperti ini.
Ada juga org yang masih lagi ingin menyemarakkan api kebencian perkauman dan menghina Institusi di Raja. Orang jenis apa ini ?
Ada juga org yang masih lagi ingin menyemarakkan api kebencian perkauman dan menghina Institusi di Raja. Orang jenis apa ini ?
Tuesday, 2 September 2014
Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-20 Laporan Daya Saing Global 2014-2015
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya
Saing Global 2014-2015 melonjak ke tangga ke-20 daripada kalangan 144
negara, mendahului ekonomi maju seperti Austria, Australia, Perancis dan
Korea Selatan.
Tahun lepas, negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.
Tahun lepas, negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.
Info Ringkas dan Padat mengenai PPS
Semalam admin ada share kenyataan Tun M yang menyokong tindakan PDRM mengahan anggota PPS.
Hari ni pulak admin nak share dengan korang sebuah klip yang diambil daripada YouTube, temu bual Astro Awani dengan Kamal Affandi, Penganalisis Jenyah dan Keselamatan mengenai PPS.
Ringkas dan Padat.
Hari ni pulak admin nak share dengan korang sebuah klip yang diambil daripada YouTube, temu bual Astro Awani dengan Kamal Affandi, Penganalisis Jenyah dan Keselamatan mengenai PPS.
Ringkas dan Padat.
10 Masjid tercantik di dunia....
Masjid Zahir, Kedah |
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.
3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.
Monday, 1 September 2014
PPS : Tindakan Polis Betul - Tun M
KUALA LUMPUR: Polis bertindak betul dengan menahan
anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pada Ahad, kata
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Menurutnya, Malaysia bukan sebuah negara yang membenarkan kerajaan negeri mengambil alih peranan polis, atau memberi layanan istimewa kepada mana-mana badan beruniform yang berlagak seperti polis.
Dr Mahathir berkata pasukan sukarela itu dilihat mencabar polis dengan mengambil bahagian dalam sambutan Merdeka di Pulau Pinang walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.
Katanya, kumpulan itu seolah sengaja menggunakan hari istimewa Merdeka untuk melanggar undang-undang dan memburukkan imej polis.
Menurutnya, Malaysia bukan sebuah negara yang membenarkan kerajaan negeri mengambil alih peranan polis, atau memberi layanan istimewa kepada mana-mana badan beruniform yang berlagak seperti polis.
Dr Mahathir berkata pasukan sukarela itu dilihat mencabar polis dengan mengambil bahagian dalam sambutan Merdeka di Pulau Pinang walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.
Katanya, kumpulan itu seolah sengaja menggunakan hari istimewa Merdeka untuk melanggar undang-undang dan memburukkan imej polis.
Proton Iriz
Proton telah mengeluarkan gambar-gambar 'teaser shot' kereta melalui micro sitenya http://www.betulbetulonz.com.my/. Bergaya dan sporty juga compact car pertama daripada Proton ini. Dikhabarkan Proton Iriz akan di datangkan dengan dua jenis enjin yang berkapasiti 1.3 liter dan 1.6 liter dengan teknologi VVT. Variasi warna masih belum diumumkan dan dijangkakan ianya akan dilancarkan pada penghujung September ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
English Section (Mixed)
- In defence of true teaching of Islam
- What is Westworld all about? 18 ++
- Kingsman : About reducing population
- The Science of "Angels and Demons".
- A visit to the scenic Putrajaya (1).
- If God Really Exists, How About His Level Of Supremacy?
- ROHINGYA : THE BEGINNING OF GLOBAL POPULATION REDUCTION AGENDA ?
- A little girl speaks her mind about the universe and concept of God.
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
Ulasan Filem, Drama Siri
Sains dan Tadabbur Alam
- Hubungan Akal dan Jantung (Hati)
- Misteri Gerhana Bulan Darah
- Bersedia Menghadapi Impak Penemuan Saintifik Terbaru
- Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.
- Atom Wujud Tanpa Tempat (khusus)
- Maksud dan Makna Metafizik - Sheikh Hamza Yusuf
- Apa itu Dark Matter dan Dark Energy?
- Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku
- Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut
- Rahsia Binari
- Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam
Segalanya Bisnes
- Bisnes : Cerita Rebranding Produk
- Bisnes : Budaya bisnes penuh penipuan vs ajaran Islam Gambar Hiasan Semata
- Kisah Bisnes : Strategi Blue Ocean dalam Bisnes
- Permintaan Dan Tawaran
- BISNES : HUKUM MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK ATAS TUJUAN PERIBADI
- Bisnes : Zaman Globalisasi Yang Mengancam Bisnes Terkawal
- Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.
- Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah
- Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?
Lirik dan Makna Lagu
- Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani
- Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada
- Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah
- Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani
- Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers
- Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers
- Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
- As-Subhu Bada - Owais Qadri ( Lirik dan Terjemahan )
- Assalamualaika Ya Rasulallah - Maher Zain ( Lirik dan terjemahan )
- Terjemahan Qasidah Burdah - Mesut Kurtis
- Makna dan Lirik Lagu Deen Assalam : Sulaiman Al Mughni
- Nasyid : Araftuka ( عرفتك ) - Lirik dan Makna
- Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم
- Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna
- Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam
- Makna Dan Terjemahan Lagu Lau Kana Bainana Al-Habib لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
- Meneliti Makna dan Maksud lirik lagu Kun Anta كن انت #Kun Anta
- Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
- Ya Taiba - Lirik dan Makna
Sejarah, Cerita dan Hikayat
- Minister Kristian mendapat petunjuk melalui seorang kanak-kanak Islam
- Ulasan Buku - Origin (Asal-usul) : Dan Brown
- Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai
- Teori siapa Hang Tuah
- Misteri Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
- Sejarah kopi dan jenis-jenis kopi
- Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.
- Cerita sains fiksyen : Satu makhluk yang tiada..
- Kisah Gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas negara Malaysia.
- Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh
- Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?
- Pandangan Pak Long tentang ceramah Puan Zaharah Sulaiman
- Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking