Sunday 11 December 2016

Dalil-dalil Menyokong Maulid Nabi SAW

Al-Marhum Sayyid
Muhammad Al-Alawi Al-Maliki
Ada puak depa ni pi kata takdak dalil pulak dah. Tarikh maulid pun tak pasti kata depa. La ni sambungan dari posting sebelumnya di sini. Betul ka takdak dalil langsung? Betul ka kita sambut maulid ni takdak asasnya dari syariah yakni tak bersumberkan Al-Quran ataupun Hadis-hadis Nabawi. Betui ka?
_____________________________________________________________________

Mengenai perkara ini, Al-Marhum Sayyid Muhammad Al-Alawi Al-Maliki dalam satu ucapan beliau memetik dari hadis sahih riwayat Muslim (juga ada riwayat yang lain);

"..وسئل عن صوم يوم الاثنين قال ذاك يوم ولدت فيه.."

"..Nabi SAW ditanyakan mengenai puasa hari isnin, maka jawab 
baginda, yang demikian itu adalah hari kelahiranku.."

Kesemua riwayat itu menunjukkan bahawa Nabi SAW membuka ruang meraikan hari kelahiran itu. Kemudian sebahagian umat Islam membincangkan permasalahan mengenai maulid ini. Tetapi bukanlah isu harus atau tidak harus dalam meraikannya. Adakah ia bidaah atau tidak bidaah. Akan tetapi mereka membincangkan dengan apa kita meraikannya? Bagaimanakah kita meraikannya?



Isu ia harus atau tidak harus, ia sudah pun dijawab oleh Nabi SAW dalam hadis berkenaan. Dengan jawapan "..yang demikian itu adalah hari kelahiranku.." Yang membawa makna Nabi SAW mengingatkan kita dan memberikan petunjuk bahawa hari isnin berkenaan adalah hari kelahiran Nabi SAW.

Tapi bagaimana kita meraikannya, apa yang kita ucapkan semasa meraikan tersebut? Apa ucapan yang kita sampaikan kepada umat? Apakah kandungan ucapan yang diberikan? Inilah yang kita perlu perbincangkan.

Adalah kewajipan bagi ulama-ulama muslimin, dan penuntut-penuntut ilmu bagi membincangkan apa yang perlu diperkatakan semasa maulid. Apa nasihat kepada kaum muslimin. Apa hala tuju yang perlu diberitahu kepada mereka. Inilah yang kita perlukan pada hari ini. 

Kita perlukan ulama-ulama Islam, pimpinan pemerintah, pendidik-pendidik, untuk bersama-sama membincangkan apa yang perlu diperkatakan (isi kandungan program) pada hari maulid Nabi SAW.
...

Kata Al-Marhum Sayyid lagi dan membawa maksud;

Benar, Nabi SAW berbicara pada ketika itu mengenai puasa. Tetapi hakikatnya bukanlah maknanya untuk menghadkan meraikan maulid itu dengan puasa semata-mata. Meraikan maulid itu sendiri adalah berasaskan syarie (berasaskan hadis berkenaan) dan dituntut.

Akan tetapi, bagaimana kita meraikannya, itu satu perbincangan yang berbeza pula. (Mungkin) meraikan dengan puasa, dengan membaca al-Quran, atau pertandingan membaca Al-Quran, dengan keraian-keraian sebegini rupa.

Pada hari ini kita melihat banyaknya berlangsung urusan meraikan penganjuran program bersejarah atau penganjuran di peringkat kebangsaan. Tak pula kita menentang perkara (program-program) seumpama ini. Dengan tujuan itu, kita mengingatkan saudara-saudara dan anak-anak kita di dalam program-program tersebut perkara berkaitan sejarah dan peradaban dari urusan kenegaraan dan sebagainya. 

Tetapi urusan yang paling utama untuk kita berhimpun meraikan sesuatu itu adalah bagi mengingati kelahiran Nabi SAW ini. 

Al-Marhum Sayyid kemudiannya memetik satu hadis sahih riwayat Bukhari yang panjang namun beliau ringkaskan; 

"Bahawa apabila Abu Lahab telah mendapat khabar mengenai kelahiran Nabi SAW, dan Abu Lahab telah mendapat khabar itu daripada hamba sahayanya Suwaibah. Adat orang Arab ketika itu mereka meraikan khabar gembira dengan memberikan hadiah kepada orang yang menyampaikan perkhabaran tersebut. Ini dilakukan dengan memberi hadiah atau ganjaran. Dalam hal ini, Abu Lahad telah memuliakan khabar gembira itu dengan memerdekakan hamba perempuannya itu."

"Telah berkata Abbas Ibn Abu Mutalib, radiallahu anhu, beliau telah bermimpi melihat Abu Lahad dalam keadaan yang amat teruk binasa. Beliau (Abbas) telah bertanyakan "Apa khabarmu?" Abu Lahab menjawab "Sebagaimana yang kamu lihat (teruknya) aku ini".

"Kemudian Abu Lahab berkata "Kecuali sesungguhnya aku ini diberi minum sebanyak hujung satu jariku ini sahaja setiap hari isnin". Abbas R.A pun bertanya "Kenapa begitu?"

"Abu Lahab menjawab "Sebab aku telah memerdekakan Suwaibah kerana dia telah memberikan khabar gembira mengenai kelahiran Muhammad (SAW)" 

Hadis ini telah membuatkan seorang Ulama Muhaddis Besar Islam, Al-Hafiz Syamsuddin Al-Dimasyqi berkata ;

"Sekiranya orang kafir ini (Abu Lahab) yang jelas dicela di dalam Al-Quran dan berada di dalam neraka selama-lamanya, tetapi Allah meringankan azabnya setiap hari isnin kerana gembira dengan kelahiran Nabi SAW (hanya untuk satu hari). Bagaimana pula orang Islam yang bergembira seluruh hari hidupnya dengan kelahiran Nabi SAW dan mati dalam keadaan bertauhid?"

..<({:Wallahua'lam:})>..

Rujukan Sumber Youtube

Credit

3 comments:

  1. hmmmhhmm..ngaur
    rujukannya ajah Rujukan Sumber Youtube
    langsung sepi blog ini tiada org mau komen?
    Mana bisa saya seorang komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumber youtube kerana di situlah ada video Almarhum Sayyid yang memberi ucapan. Kalau saya sahaja jadi ulamanya sudah tentu anda melihat video saya di situ pula. Tetapi saya bukan ulama. Hanya memanjangkan atau menyampaikan syarahan seorang ulama muktabar.

      Delete
    2. Terima kasih atas komentarnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...