Monday, 1 October 2018

Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم

Kredit Youtuber : Asyraf Hazwan
Nasyid oleh Rahmat Ekamatra


Ya Badra Timmin.

Qasidah yang dilantunkan oleh Rahmat, bekas penyanyi kumpulan rock Ekamatra. Rahmat berjaya membawa qasidah ini dengan penghayatan yang baik.

Pembawaan lagu dengan baik oleh beliau turut membuatkan pendengar terkesan dengan qasidah yang disampaikan. 

Selamat menghayati. 

Friday, 21 September 2018

Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna

 
Kredit YouTuber : Aashiq Al Rasul - Topic
Nasyid oleh Aashiq al-Rasul

Nasyid atau lagu ini asalnya adalah daripada bait-bait karangan seorang ahli sufi yang dikenali sebagai Imam Busiri. Karangan bait-bait beliau itu adalah panjang. 

Manakala nasyid ini mengambil beberapa bait yang mana Imam Busiri mengarangnya sebagai doa tawasul melalui Nabi Muhammad SAW agar mendapat syafaat di akhirat kelak atas dosa-dosa yang dilakukan. 

Oleh kerana ia adalah jenis syair Arab, maka maksudnya juga pada tempat tertentu diertikan dengan cara majaz atau kiasan. 

Saturday, 15 September 2018

Hubungan Akal dan Jantung (Hati)


Ada dua atau tiga perkataan mempunyai satu makna yang sama. Perkataan akal, otak, hati (jantung) dalam satu konteks, boleh diertikan dengan makna yang sama.


Penggunaan makna hati dalam Bahasa Melayu

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mementingkan rasa. Mungkin kerana itu bangsa Melayu menggunapakai perkataan hati bagi menggambarkan perasaan. Seperti suka hati, sakit hati, berasa hati, tidak berhati perut, senang hati dan lain-lain.

Tetapi kekeliruan ilmiah boleh berlaku kerana penggunaan perkataan hati ini boleh merujuk kepada dua makna.

Pertama, ia merujuk kepada hati yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai liver. 


Hati atau Liver dalam Bahasa Inggeris.
Kibdun dalam Bahasa Arab.
Seperti organ hati daging lembu. Hati lembu ini boleh menjadi bahan dalam masakan yang sedap seperti Resepi Hati Lembu Masak Kicap. Hati lembu di sini bukanlah jantung lembu. Dalam bahasa arab hati jenis ini dipanggil Kibdun atau Kibdatun.

Friday, 14 September 2018

Al-Dajjal bertemu dengan beberapa individu di Israel?


Rabbi yang mendakwa telah bertemu dengan Messiah yang mendedahkan identitinya dalam sebuah nota kertas!!

Rabbi Yitzak Kaduri adalah salah seorang Rabbi yang paling dihormati di Isreal. Beliau adalah seorang pakar ilmu Kabbalah iaitu satu ilmu mistik bagi orang-orang Yahudi.


Rabbi Kaduri lahir di Baghdad dalam tahun 1902 semasa ia masih lagi dalam pemerintahan Uthamaniyah Turki. Sejak remaja lagi beliau dengan penuh dedikasi telah mempelajari dan mengkaji ilmu Kabbalah. Beliau mengkaji ilmu mistik Yahudi tersebut sepanjang hidup beliau. 

Wednesday, 1 August 2018

Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam



Credit : Youtuber faqeeh2012


Lagu yang mendatangkan ketenangan dan keheningan kepada jiwa. Maknanya menjadi makanan jiwa dan ruh. Satu hidangan yang sedap dan rugilah sesiapa yang tidak menikmati makanan yang sangat sedap. 

Disaat merasai keheningan yang mendalam. Bagi mereka yang mendambakan rasa. 

Thursday, 19 July 2018

Kelebihan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu - Sheikh Hamza Yusuf


Credit Youtuber : Islam Rewards

Kita mendapat satu anugerah yang agung dari Bahasa Arab. Allah telah menganugerahkan umat ini satu kurniaan maka kita perlu mempelajarinya dan menggunakan sebaiknya. Dan akhirnya kita perlu menyedari ia sebenarnya satu jalan keluar dari gejala kegilaan kesan dunia moden yang menghasilkan suasana yang tidak memberikan apa-apa makna.

Ia mengembalikan kepada manusia itu kefahaman yang mendalam, malah saya maksudkan anda boleh membina ilmu kosmologi berdasarkan ilmu bahasa Arab. Sudah ada ilmuwan yang telah pun melakukan perkara itu. Kerana Bahasa Arab itu sememangnya menjelaskan dan mentafsirkan alam. Ia benar-benar menafsirkannya. Dan kita percaya pandangan ilmiah inilah sebenarnya paling muktabar. Sesiapa sahaja yang mengkajinya secara dalam akan menemui kesimpulan yang sama.

Monday, 16 July 2018

Memahami Isu UEC - Segelintir Rakyat Malaysia Tak Nak Belajar Bahasa Malaysia dan Sejarah Malaysia



Bermacam-macam pendapatlah berkenaan isu ini. Bagi yang menyokong sudah tentu memberikan pelbagai dalil dan dalih. 

Mari kita ikuti pandangan dari orang keturunan Cina sendiri yang melihat isu ini dari konteks kenegaraan Malaysia dan siasah umat yang sebenar. 

Petikan..

Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara. Tetapi mereka sanggup bersusah payah dan berhabis duit untuk memastikan mereka menjadi secina-cinanya.

Kasihan Melayu pelajar SPM, mereka perlu belajar setengah mati belajar BM, bahasa sendiri, untuk dapat kredit, tiba-tiba pelajar UEC tidak perlu ambil BM standard SPM, tetapi mengikut standard guru-guru Cina mereka.

Sebab itu, ingin saya ingatkan bukan soal 60 tahun atau berapa tahun UEC tidak diiktiraf di bawah BN, ini soal pembinaan negara bangsa. Bandingkan apakah Cina Malaysia setanding dengan Cina Indonesia (Indonesia Tionghua) yang menguasai sepenuhnya Bahasa Indonesia. Jangan pergi jauh, tanyalah Ahok, bekas Gabenor Jakarta yang sedang dipenjarakan hari ini.

Selain itu, syarat mudah KPM untuk sijil ini diiktiraf supaya silibus subjek sejarah hendaklah juga mengikut sibilus SPM. Tetapi persatuan ini berdegil. Mereka menggunakan silibus BM dan Sejarah mengikut citarasa mereka sendiri, tanpa mahu memenuhi piawaian KPM.

Selanjutnya boleh dibaca di..


Sunday, 15 July 2018

Kulinari : Nasi Lemak Royale


Dah lama pakcik hidup, baru ni lah pakcik berpeluang menjamah nasi lemak royale. Maafkanlah kelemahan serta kejahilan pakcik yang tak terer ini. Hihi..

Apa die nasi lemak royale. Pakcik rasa benda ni datang dari utara. Asal-usulnya ciptaan peniaga keturunan mamak. Rasa pakciklah. Sebab tu pakcik jumpa dekat restoran pun macam restoran mamak. 

Mungkin dari Pulau Pinang, wallahua'lam. 

Tapi pakcik nak cerita rasa dia.

Saturday, 14 July 2018

Punca Parti Mata Satu Marahkan Jim Carrey


Pengacara rancangan : Apakah itu? Adakah itu tanda kumpulan tertentu?

Jim Carrey : Macamlah kau tak tau apa benda tu! Kau betul tak tahu apa benda tu?

Pengacara rancangan : Memang aku tak tahu.

Jim Carrey : Kau tak tahu, Jim Fallen pun kononnya tak tahu, David Letterman pun konon tak tahu. Semua komik dan industri hiburan kononnya tak tahu. Apa bendanya ni (membuatnya sekali lagi). Kann??

Pengacara rancangan : Apa benda tu?

Sunday, 1 July 2018

Makna Quantum Mechanics dalam 60 saat - Brian Cox


Baiklah, versi yang paling asas yang saya tahu adalah.. versi Feynment. Versi ini menyatakan partikel-partikel melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan kiraan kemungkinan tertentu. Kemungkinan sesuatu partikel itu berada di satu tempat lain kemudiannya adalah berdasarkan satu kaedah yang mudah. Dan ini dinamakan sebagai reaksi.

Ia adalah berkaitan dengan kemampatan partikel tersebut, masa dan jarak. Jadi, secara mudahnya anda mengira kuantiti kecil ini yang dipanggil reaksi dan anda tambahkan nilai masa. 

Saya berikan contoh, seperti satu duit syiling di dalam sebuah bilik. Apakah kemungkinan dalam masa akan datang ia berada di tempat yang lain?

Dan untuk setiap duit syiling di dalam sebuah bilik itu, anda boleh kenakan pengiraan bagi mengetahui kemungkinan ia akan berada di situ di masa akan datang dengan satu kaedah yang mudah. Itulah dia. Ia dipanggil corak yang mengformulasikan Quantum Mechanic. Itulah asas kepada semua perincian yang lain. Anda boleh dapatkan perkara lain daripada asas itu. Jadinya, itu adalah satu kaedah yang mudah, apa kiraan bagi kemungkinan sesuatu itu beralih tempat dari A ke B. Itu sahaja. 

Terjemahan bebas : Incikposmen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...