Jika anda membunuh dengan senjata seperti pistol atau parang dalam mempertahankan diri, ia sebenarnya telah jatuh dalam kategori "homicide". Ia sejenis pembunuhan.
Tetapi bukankah mempertahankan diri itu adalah satu hak?
Benar, mempertahankan diri adalah hak bagi setiap individu. Mempertahankan diri daripada ancaman adalah hak yang dijamin oleh undang-undang negara (dalam konteks Malaysia, di dalam Kanun Kesiksaan).
Namun demikian, terdapat batasan kepada hak mempertahanan diri ini. Jika tidak, akan ada orang membunuh hanya dengan sebab telah berlakunya pertengkaran kecil. Juga boleh sahaja terjadi seorang pencuri kanak-kanak yang lapar dibunuh kerana dia mencuri nasi lemak untuk dimakan.
Secara logiknya juga sudah tentulah perbuatan mempertahankan diri itu setanding dengan ancaman yang mendatang daripada penyerang. Seimbang atau setanding kadar serangan dan perbuatan membela diri. Tetapi secara realitinya pula, ia mungkin tidak seperti itu.