|
Sumber Youtube RTM |
Aku pun terbacalah yang TPM, DS Dr Zahid Hamidi dah sampai di Universiti Oxford itu hari dan menyampaikan ucapan di situ. Full text ucapan beliau bolehlah dibaca di blog Panglima Perang Cyber di
sini. Petikan berita oleh RTM 1 di
sini. Teks berbahasa Melayu bolehlah dicapai di portal rasmi TPM sendiri iaitu di
sini.
Antara yang disentuh ialah konsep wasatiyah yang menjadi perjuangan umat Islam. Konsep wasatiyah ni sebenarnya bertentangan dengan ekstrimisme dan perlakuan melampau yang sebenarnya keluar dari ajaran Islam. Wasatiyah ni maksudnya pertengahan. Pertengahan di sini adalah dalam konteks keseimbangan. Kerana di tengah-tengah itulah keseimbangan antara dua neraca dicapai.
Berada di tengah-tengah inilah umat Islam menjadi check and balance kepada umat manusia yang lain. Kerana umat Islam yang menjalankan agama Islam yang benar dan diredai mempunyai takrif yang tepat apa itu baik dan apa itu buruk. Ketika umat manusia lain atau ugama lain berkompromi dengan perlakuan LGBT yang melibatkan hubungan songsang antara sesama jenis, umat Islam tegas dengan pendirian atas petunjuk wahyu Tuhan yang perbuatan gay dan lesbian itu adalah sesuatu yang mungkar dan sepatutnya ditegah.
Umat Islam memilih ketepatan yang menepati fitrah. Bukanlah melarang gay dan lesbian itu yang melampau tetapi perbuatan gay dan lesbian itulah yang ekstrimis lagi melampau-lampau. Begitulah peranan check and balancenya umat Islam ini. Juga termasuklah rasuah itu pun Islam larang dan haramkan. Termasuklah juga perbuatan pengganas yang lahir daripada kumpulan-kumpulan palsu yang mendakwa membawa panji-panji hitam yang dinisbatkan dengan hadis Nabi akhir zaman.
Ok, cukuplah ulasan ringkas selepas membaca teks TPM itu. Sebenarnya aku nak menyentuh tentang Ibnu Arabi, seorang tokoh Islam yang super genius tetapi sangat kontroversial. Kenapa Sheikh ini kontroversial? Apa kena mengena tokoh ini dengan Oxford?