There is no matter as such!
All matter originates and exists only by virtue of a force which brings the particles
of an atom to vibration and holds this most minute solar system of the atom together. . . .
We must assume behind this force the existence of a conscious and intelligent Mind.
This Mind is the matrix of all matter.
Max Planck
Sedang umat Islam dikala ini menghadapi cabaran dari pelbagai sudut. Cabaran-cabaran tersebut mungkin berbentuk fizikal dan zahir. Cabaran umat Islam pada hari ini bukanlah sesuatu yang tidak normal dan tidak dijangka langsung. Seseorang telah pun meramalkan pertembungan ketamadunan Islam dan barat yang mana dia membuat tulisan yang berjudul "The Clash Of Civilisation".
Cabaran fizikal bukanlah cabaran yang sebenar kepada umat Islam. Cabaran yang sebenar ialah cabaran ideologi. Pertembungan ideologi. Dikala umat Islam sibuk menangani cabaran fizikal yang juga sangat banyak ini termasuklah berbalah sesama sendiri, terdapat satu ancaman yang belum disedari oleh umat Islam dan tidak dikenal pasti.
Ilmu sains pada zaman ini dikuasai oleh barat yang mengambil ilmu itu asalnya daripada ketamadunan Islam. Umat Islam terhenti perkembangan akal dan tamadun apabila tertipu dengan pandangan literalism yang menyekat pandangan akal dan kemajuan bertindak. Jurang ini menjadikan sangat besar diantara perkembangan dua tamadun yang dilihat saling bertentangan. Ketamadunan barat gigih mengeksplorasi sains sehingga mengkaji dari sebesar-besar alam sehinggalah sekecil-kecil atom. Malah sehingga apa yang lebih kecil daripada atom itu, quarks.
Umat Islam melalui wahyu, mereka dianugerahkan dengan realiti. Sesuatu yang mana seseorang itu hanya perolehi jika dia mula percaya. Dengan tidak percaya atau beriman, seseorang itu hanyalah bergantung kepada persepsi akal diri sendiri dan juga orang lain dalam melihat realiti kejadian. Kaedah ini sangat meletihkan, selain memakan masa yang panjang beratus malah beribu tahun dengan kos yang tinggi. Sedangkan seorang manusia itu sendiri biasanya hidup di bawah usia 100 tahun.