Wednesday, 25 March 2026

Doa Anti-Dajjal

Zaman ni kena amalkan doa ini bagi siapa yang belum amalkannya. Dibaca selepas tahiyat akhir dalam solat dan sebelum memberikan salam. Doa daripada hadis Bukhari dan Muslim. 

Saturday, 21 March 2026

Raihan : Sifat 20 serta maknanya


Nasyid Sifat 20 ini diajarkan kepada sesetengah kita sejak kanak-kanak lagi. Tidak hairan jika kanak-kanak boleh menghafalnya. Kini ada kanak-kanak itu sudah pun menjadi dewasa dan mempunyai anak-anak pula. Tetapi adakah kita telah memahami dan menghayati makna-maknanya. Seterusnya menjadikannya sebagai "pakaian" kita seharian?

Audio - Youtube Raihan - Sifat 20

Kenapa Tiada Hari Raya Bagi Kami? Lagu Sedih Kanak-Kanak Palestin


Youtuber : sunrise

Lagu ini menggunakan dialek عَامِية. Bukan Bahasa Arab Fushah atau standard. Ianya dari jenis Levantine Arabic yang digunakan di Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan.

Kita dapat belajar beberapa perkataan Arab dari dialek tersebut. Seperti زِينَةٌ disebut zini atau zineh. قَ pula disebut seperti bunyi ءَ.

Tetapi lirik di bawah menggunakan kalimah Fushah. Silalah selaraskan dengan mendengar kalimah yang diucapkan penyanyi kanak-kanak tersebut.


جِئْنَا  نُعَيِّدُكُمْ  بِالْعِيدِ  بِنَسْأَلُكُمْ
Kami datang untuk mengucapkan 
selamat hari raya kepada kalian 
dengan bertanya kepada kalian

لَيْشْ  مَا  فِي  عِنَّا  لَا  أَعْيَادٌ  وَ لَا   زِينَةٌ

 Mengapa tidak ada pada kami, tiada hari raya dan tiada hiasan

Thursday, 19 March 2026

Awal, Akhir, Zahir & Batin : Untungnya Umat Melayu

Cuba tanya Mat Saleh yang berbahasa Inggeris tu, apa makna awal, akhir, zahir dan batin?

Kita akan mendapati jawapan yang berbeza-beza, khususnya apabila memberi makna zahir dan batin.

Ketika Chatgpt ditanya, ia memberikan makna zahir sebagai manifest/outward dan batin sebagai hidden/inward. Dilihat dua perkataan digunakan bagi memberikan makna kepada zahir dan batin.

Kalimah Awal, Akhir, Zahir dan Batin adalah daripada bahasa Arab yang juga merupakan bahasa Al-Quran. Bahasa wahyu. 

Konsep awal, akhir, zahir dan batin melibatkan fitrah manusia dan kosmologi. Untungnya umat Melayu Islam ialah memahami dan menggunapakai perkataan itu dengan lafaz asalnya tanpa perlu menggunapakai perkataan-perkataan yang lain seperti lahiran/luaran bagi zahir dan tersembunyi/dalaman bagi batin. 

Maka dengan satu lafaz perkataan ia boleh membawa pelbagai makna dan mendalam. Jika ia digunakan dalam bahasa lain mungkin tidak menzahirkan sepenuhnya makna yang mungkin ia bawa.

Kelebihan atau manfaat ilmu daripada kalimah Awal, Akhir, Zahir dan Batin

Wednesday, 11 March 2026

Istighfar awal, akhir, zahir dan batin


Kenapa apabila hari raya kita ucap Maaf Zahir dan Batin? 

Sebab kita nak dosa kita pada orang yang kita ucapkan tu dimaafkan kesemuanya kan. Semua dosa tu, zahir dan batin. 

Ada satu ucapan Istighfar dari hadis Nabi SAW yang maknanya memohon pengampunan dari segi aspek awal, akhir, zahir dan batin. 

Malah disebut nama Allah di dalamnya Yang Maha Memulakan dan Yang Maha Mengakhirkan. 

Aspek awal dan akhir ialah dosa yang dosa yang telah dilakukan dan akan datang.

Aspek zahir dan batin pula ialah dosa yang disembunyikan atau dirahsiakan.

Merangkumi juga dosa yang kita tidak ketahui tetapi Allah mengetahuinya. 

Dilihat lafaz istighfar ini sangatlah lengkap merangkumi semua aspek kehidupan. Tetapi dalam matan hadisnya tiada dinyatakan kelebihan khusus membacanya. Mungkin itu menyebabkan istighfar ini kurang dikenali berbanding jenis istighfar yang lain.

Tetapi adakah sebab tidak dinyatakan maka ianya tiada kelebihan khusus? 

Kelebihan itu hanya akan nyata kepada kita di akhirat kelak.

Kalau melihat kepada makna lafaznya, serius.. pengamal istighfar ini bakal dicemburui oleh orang lain di akhirat kelak. Sebab orang lain tu terlepas tak amalkannya kannn.

Atau orang lainlah yang jeles dengan anda di akhirat kelak kerana andalah pengamal lafaz istighfar ini. 

Wallahua'lam


Saturday, 7 March 2026

Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar atau Istighfar yang paling utama)


Hidup kita sebagai manusia banyak melakukan dosa, sedangkan dosa-dosa itu merugikan kita di akhirat kelak. Antara ikhtiar yang kita boleh lakukan dengan membaca Sayyidul Istighfar supaya dosa-dosa itu diampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun.

Untuk mendengar audionya boleh merujuk ke Youtube Unic ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...