Thursday 30 July 2015

JPAM sebagai agensi tunggak pengurusan bencana.



Sudahkah kita menjumpai jalan penyelesaiannya terhadap pengurusan bencana negara?

Bila aku mendengar JPAM akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, aku rasa itu adalah satu langkah yang bagus buat negara. JPAM sebelum ini diletak bawah KDN. 

Aku tak arif sangat pasal pasukan ni. Tapi ramai member yang jadi sukarelawan dan juga anggota Civil Defence ni. Ramai bisnesman, professional, student universiti dan artis yang minat join sukarelawan JPAM ni rupanya.

Ada juga member-member aku yang menjadi ahli bersekutu JPAM (kalau tak silap akulah namanya tu) dan pergi berkursus mendengar ceramah yang disampaikan oleh pihak JPAM sendiri. Dengarnya Civil Defence ni adalah pertahanan ke-3 negara selain Polis dan Tentera. Tetapi negara mungkin dah lama terlepas pandang untuk membangunkan Civil Defence sedangkan ianya termaktub dalam perlembagaan.


Langkah untuk meletakkan JPAM di bawah Jabatan Perdana Menteri ni mungkin sebagai langkah untuk membetulkan keadaan itu. Mungkin ada hikmahnya apabila malapetaka atau bencana berlaku bersilih ganti di dalam negara.

Bermula dengan Lahad Datu. Kemudian kita dilanda dua kali banjir besar yang membuatkan semua melompat dua kali. Melompat dua kali sebab banjir besar dua kali. Kalau banjir besar 3 kali, kita akan melompat 3 kali. 

Antara target awal Search and Rescue dalam kes MH 370.

Dan macam-macam bencana kecil dan besar. Dalam kes MH 370 pula, ia memerlukan kita melakukan Search and Rescue pada peringkat awal di seluruh semenanjung Malaysia. Sehingga di atas banjaran titiwangsa!!

Dan akhirnya gempa bumi di Ranau. Semua ini menunjukkan kita memerlukan satu agensi pengurusan bencana yang dedikasi dan dapat mengkoordinasikan semua agensi-agensi yang bersifat macam tu.

Mungkin JPAM yang diberikan peranan sebagai agensi peneraju bencana negara akan memainkan peranan yang negara tercari-cari selama ini. Sejak banjir besar pertama beberapa tahun lepas lagi negara kita confuse dengan pengurusan bencana dalam negara. Siapa sebenarnya yang menguruskan bencana-bencana yang semakin kompleks ni?

Aku dapat lihat itu bila baca kenyataan di dada-dada akhbar. Dan aku ingat apa yang aku baca. Sekarang ni ada google, so bolehlah sapa-sapa tengok balik berita akhbar tu.

Secara logiknya, JPAM sebagai agensi peneraju dah tentulah diberikan kemampuan sebenarnya. Maksudnya kalau buat kerja kenalah ada peralatan dan kelengkapan yang bersesuaian. Kenderaan pula perlulah yang mantap kann..

JPAM ni ada helikopter ke tidak. Aku tak sempat nak googlelah  nak tau dia orang ni ada heli ke tidak. Tapi kalau aku nak buat Search and Rescue heli ni penting. Macam banjir kat Kelantan tu tak semua tempat boleh di capai melalui jalan darat. 

Ramai yang terperangkap di sekolah-sekolah dan juga di kawasan bukit. Dengan heli dan pasukan penyelamat yang terlatih, dah tentu mereka boleh diselamatkan.

"CHC Helicopter Scotia Sikorsky S-92A" by Gary Watt - Source Wikipedia

Hmm.. memang aku celebrate lah langkah kerajaan untuk menjadikan JPAM ni agensi peneraju bencana. Mungkin kesan daripada TPM baru yang nampaknya tegas dan cepat buat keputusan.

Walaupun tak ramai yang sedar tentang konsep Civil Defence ni sebenarnya. Aku pun kalau member tak bagitau, aku pun tak tahu.

Bukanlah aku mengharapkan terjadinya bencana lagi, tapi bencana akan berlaku bila dia berlaku. Masa tu aku nak tengoklah kesan langkah yang diambil kerajaan ni. Aku nak tengok macamana JPAM beraksi pada ketika itu. Waktu tu kita akan membandingkan keadaan dimana kita tiada agensi peneraju dan keadaan dimana kita sudah ada pula.

Apa-apahal kita berdoalah yang baik untuk semua.


Selepas banjir pun kena buat kerja.
Artikel berkaitan sebelum ini.  (Selepas banjir besar di Kelantan)
Rujukan Portal JPAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...