Saturday 17 November 2018

Menggunakan Google Translation Bahasa Indonesia



Ada pembaca dari Indonesia yang menggunakan Google translation  untuk membaca posting di dalam Blog ini. Translation adalah dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Indonesia. 

Apabila kami melihat kandungan yang diterjemahkan ke Bahasa Indonesia terdapat beberapa kesalahan yang agak signifikan. Malah ada juga ke tahap fatal, jika ia boleh dinamakan begitu.


Fatal di sini bermaksud terjemahan yang dihasilkan oleh Google tidak dapat menggambarkan makna kandungan sebenar. Malah ada kenyataan yang bermaksudkan konsep tauhid gagal diterjemahkan sehingga bermaksudkan sebaliknya.


Ini sudah pasti merbahaya bagi fahaman akidah khususnya umat Islam sekiranya tersalah faham akibat terjemahan yang salah berkenaan. 


Adalah tidak praktikal pula bagi kami untuk membuat terjemahan Bahasa Indonesia bagi setiap artikel. Apa yang kami boleh cadangkan ialah pembaca-pembaca dari Indonesia mengambil peluang untuk mempelajari Bahasa Melayu Malaysia serta menguasainya. 

Ini kerana walaupun ada perbezaan di antara dua bahasa tersebut, masih terdapat banyak persamaan. Jika ada usaha mempelajarinya ini sudah tentu ia menjadi pertambahan nilai bagi pembaca-pembaca dari Indonesia. Anda boleh menggali ilmu secara langsung dari pembacaan Bahasa Melayu Malaysia.

Kami juga sering mendapat ilmu, maklumat serta fakta dari pembacaan bahan bacaan Berbahasa Indonesia. Sudah tentu kita perlu rajin membaca jika ingin menguasai bahasa-bahasa tertentu. Hasilnya kita mendapat ilmu dari bahan bacaan tersebut. 

Tetapi dengan syarat kita hendaklah fahami benar di dalam konteks yang hendak disampaikan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...