Wednesday 25 November 2015

Apabila atheist itu bukan atheist.



Persoalan mengenai ketuhanan sentiasa menjadi topik utama kehidupan manusia. Kerana manusia itu asalnya melalui proses tiada kepada ada. Ini dapat dirasakan oleh setiap individu yang berakal waras dan mempunyai kesedaran. Tidak ada individu bernama manusia tidak dapat mengingati bilakah masanya dia tidak ada. Yang akan membawa maksud dia sentiasa ada atau wujud sebelum ini.

Maka bagaimanakah terjadinya ada itu selepas ketiadaan diri? Jika seseorang itu tidak memilih untuk dia mengadakan dirinya sendiri maka sudah tentu yang mengadakannya itu adalah selain dirinya, bukan?

Jika seseorang tidak bersetuju dengan penyataan di atas maka dia hendaklah menunjukkan bukti kepada orang lain yang dia telah memilih untuk ada atau berkuasa mengadakan dirinya sendiri. Kerana orang lain tidak merasakan yang mereka memilih atau berkuasa untuk mengadakan dirinya. Iaitu menjadikan kewujudan mereka di dalam alam ini.

Bilakah anda memilih untuk menjadi wujud?



Kebiasaannya orang menggunapakai perkataan atheism ini untuk menunjukkan satu konsep yang tidak mempercayai tuhan. Maka apa itu tuhan?

Ini kerana kebanyakan orang yang mengaku atheist ini bukanlah sebenar-benar atheist. Kadang-kala mereka mengaku dengan lidah mereka sendiri. Mungkin mereka sedar hakikat terjadi dari tiada kepada ada ini. Kerana asas penciptaan itu adalah dari tiada kepada ada.

Jika tiada kepada ada itu berlaku secara kebarangkalian dan tanpa unsur kawalan maka, sudah tentu ianya tidak stabil dan kucar-kacir. Maka ada itu boleh kembali kepada tiada secara tiba-tiba dan kemudian ada kembali atau tidak ada terus.

Maka siapakah atau apakah yang membentuk kawalan supaya keAdaan ini berpanjangan sehingga ke saat ini. Keadaan ini pula sangat teratur dan jelas nampak unsur-unsur kawalan pada sifat kewujudan ini.

Kalau individu mengaku yang dia tidak menjadikan dirinya sendiri maka sudah tentu yang menjadikan dirinya adalah selain dari dirinya. Maka persoalannya adakah "selain dirinya" itu satu atau dua pelakunya?

Jika yang menjadikan dirinya itu selain dirinya adakah itu sama seperti dirinya atau sama seperti yang lain?

Jika yang "selain dirinya" itu bukan seperti dirinya dan bukan seperti yang lain, sudah tentu ia juga bersifat dengan satu ketinggian sifat berbanding kesemuanya.

Sesetengah atheis percaya kepada penciptaan alam, tetapi mereka tidak menggunakan perkataan penciptaan. Mereka merasakan alam ini direkabentuk dan ditadbir oleh satu rekaan yang bijak. Mereka ini masih menamakan diri mereka atheis kerana mereka tidak percaya kepada konsep tuhan yang perlu disembah.

Ia seperti percaya kepada adanya Pencipta Alam tetapi tidak percaya adanya Tuhan Yang Disembah. Tetapi persoalannya adakah mereka ini sebenar-benar atheis, kerana Pencipta Alam itu dan Tuhan Yang Disembah itu adalah satu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...