Saturday 31 October 2015

SOSMA.. Lahir daripada desakan human right.

Yang aku faham lah kan. Akta SOSMA ni dia dibuat untuk menggantikan ISA. Satu undang-undang keselamatan yang bertujuan digunakan untuk menghadapi ancaman-ancaman yang sememangnya wujud kepada negara.

ISA pada waktu itu dipropagandakan sebagai satu undang-undang drakonian. Atau yang dipakai oleh drakula untuk menindas manusia dan rakyat jelata.

Haritu, ISA ni dikatakan zalim malah kejam kerana undang-undang keselamatan ni tidak melalui proses mahkamah. Dikatakan ianya tangkapan tanpa bicara yang menggunakan kuasa ahli politik yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik atau kepentingan peribadi. 

Waktu tu terpampanglah dalam media mereka ini yakni puak human right yang bersekongkol dengan LGBT, mendesak untuk memansuhkan undang-undang tanpa bicara ini dan menggantikannya dengan undang-undang yang melalui proses mahkamah. Akibat desakan itu dan juga tekanan politik daripada parti-parti pembangkang yang berniat politik, akhirnya ISA dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang SOSMA.

SOSMA ni melalui proses mahkamahlah. Cuma hukumannya agak berat kerana kesalahan itu juga adalah berat. Itulah harganya jika kesalahan yang dulunya hanya dikenakan proses pemulihan hendak ditukar kepada proses mahkamah. Proses mahkamah akan berakhir dengan hukuman dan hukuman tidaklah dibuat sesuka hati. 


Kesalahan mencuri makanan tidak sama dengan kesalahan membunuh. Kesalahan membunuh atas sebab peribadi tidak pula sama kesalahan membunuh atas sebab untuk menjatuhkan sebuah kerajaan secara tidak sah. 

Jika ada pihak yang menuduh SOSMA itu mengakibatkan hukuman-hukuman yang berat maka ini adalah buah tangan daripada kumpulan human right yang mendesak supaya ISA dimansuhkan itu.

Ada juga sekarang ini kumpulan yang mendesak supaya ISA diadakan balik. Ini pendapat masing-masinglah. Pada pandangan aku, jika kita telah memilih sesuatu yang lebih baik kenapa pula hendak berpatah balik kepada sesuatu sistem yang lebih rendah. 

Zaman berubah dan manusia semakin maju. Pemikiran manusia semakin kompleks dan manusia itu bermacam-macam hendaknya. Mereka juga telah menonton sudah beratus-ratus episod CSI dan ada yang dah menjadi penyiasat tak bertauliah. Sistem juga perlulah maju dan berubah supaya setanding dengan keperluan masakini. Barulah ada standard, betul tak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...