Friday, 9 October 2026

Nasyid : Alhijratu Rihlatu Hadina


Hijrah Nabi Muhammad SAW ialah perpindahan Baginda bersama umat Islam dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, atas perintah Allah SWT. Madinah ketika itu dikenali sebagai Yathrib.

Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi membuka jalan untuk umat Islam beribadah dengan lebih aman serta membina masyarakat berteraskan Islam.

Tokoh-tokoh yang disebut di dalam nasyid ini selain Nabi SAW ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Ali Karamallahu wajhah dan puteri Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu Saidatina Asma' binti Abu Bakar.

Rujukan bagi nasyid ini bolehlah merujuk ke sini.



الْهِجْرَةُ رِحْلَةُ هَادِينَا، حَمَلَ الْإِسْلَامَ لَنَا دِينًا

Hijrah itu (ialah) perjalanan pembawa petunjuk kita

(yang) membawa Islam untuk kita sebagai agama.

فَسَلَامُ اللهِ عَلَى الْهَادِي، وَ الْكَوْنُ يُرَدِّدُ آمِينًا

Maka salam sejahtera (daripada Allah) ke atas pembawa petunjuk, 

sementara seluruh alam mengulang-ulangi (berkata) amin.

رَحَلَ الصِّدِّيقُ عَنِ الدَّارِ، فِي صُحْبَةِ خَيْرِ الْأَبْرَارِ

Al-Ṣiddīq meninggalkan dari tanah air, 

dalam menemani yang terbaik (dari) orang-orang soleh.

صَلَوَاتُ اللهِ تُبَارِكُهُ، مَلَأَ الدُّنْيَا بِالْأَنْوَارِ

Selawat Allah memberkati baginda; memenuhi dunia dengan cahaya-cahaya.

اللهُ تَكَفَّلَ يَحْمِيهِ، وَ عَلِيٌّ أَصْبَحَ يَفْدِيهِ

Allah menjamin untuk melindungi baginda, 

sementara Ali bersedia menebus dirinya untuk baginda.

وَ بِسِرِّ الْقَوْمِ الْأَشْرَارِ، بِنْتُ الصِّدِّيقِ تُوَافِيهِ

Dan dengan (membawa) rahsia kaum yang jahat itu, 

Puteri al-Ṣiddīq menemui baginda.

وَصَلَ الْمُخْتَارُ إِلَى طَيْبَةَ، وَ الْكُفْرُ تَرَاجَعَ فِي خَيْبَةٍ

Telah tiba Insan yang terpilih itu ke Ṭaybah (Madinah), 

dan kekufuran itu (pun) berundur dalam kekecewaan.

وَ جُنُودُ اللهِ تُحِيطُ بِهِ، مِنْ نُورِ الْإِسْلَامِ الْهَيْبَةُ

Dan tentera-tentera Allah mengelilingi dengan baginda; 

daripada cahaya Islam (terpancar) kehebatan.

بِالرُّوحِ سَنَحْمِي الْمُخْتَارَ، وَ نُقَاتِلُ عَنْهُ الْكُفَّارَ

Dengan penuh semangat, akan kami lindungi insan pilihan itu 

dan berperang demi (mempertahankan) baginda (dari) orang-orang kafir.

عَهْدًا ِللهِ نُبَايِعُهُ، جُنْدًا ِللهِ وَ أَنْصَارًا

Sebagai janji kepada Allah, kami berbai‘ah kepada baginda 

sebagai tentera Allah dan pembela-pembela agama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...