Disebut bahawa seorang lelaki telah bertemu dengan Abu Darda R.A dan berkata kepada beliau,
"Awaslah wahai Abu Darda! Rumahmu sedang terbakar!!"
Dengan tenang Abu Darda R.A berkata kembali, "Ye ke ia terbakar?"
"Sungguh! Demi Allah, sesungguhnya ia benar-benar terbakar!!" tekan lelaki tersebut apabila melihat Abu Darda R.A bersikap tenang sahaja.
Abu Darda R.A kemudiannya berkata,
"Allah tidak menjadikan itu berlaku dengan kalimat (Doa/wirid) yang telah aku dengar daripada Rasulullah SAW.
Barang siapa yang membacanya awal-awal siang (pagi) maka tidak akan ditimpa musibah sehinggalah petang.
Barang siapa yang membacanya akhir siang (petang) maka tidak akan ditimpa musibah sehinggalah subuh."
Kemudian Abu Darda R.A menyebut kalimat seperti di bawah.
Setelah itu, beliau pun pergi ke rumahnya dan mendapati bahawa rumahnya tidak terbakar walaupun rumah-rumah jiran sekitarnya habis terbakar.
*Rugilah siapa yang tak amalkan kalimat yang mustajab ini setelah mengetahuinya.
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku
لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ
Tiada Tuhan selain Engkau
عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَ أَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Kepada-Mu aku bertawakkal,
dan Engkau Tuhan/Pemilik Arasy yang agung
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ
Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku
وَ مَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ
Dan apa yang tidak (Dia) kehendaki
tidak akan berlaku
لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan Allah
أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Aku mengetahui bahawa Allah
Maha Berkuasa atas segala sesuatu
وَ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
Dan bahawa Allah (itu) sesungguhnya meliputi akan segala sesuatu (dengan) ilmu-Nya
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan-Mu daripada kejahatan diriku
وَ مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا
Dan daripada kejahatan setiap
makhluk melata (yang) Engkau
pegang/kuasai ubun-ubunnya
إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Sesungguhnya Tuhanku (berada) di atas
jalan yang lurus
-------------
اللهم امين
JAPDGDAI,DKAYHQAKBHA
No comments:
Post a Comment