Pages

Friday, 3 April 2026

Doa/amalan pelindung mustajab daripada bencana dan musibah

Disebut bahawa seorang lelaki telah bertemu dengan Abu Darda R.A dan berkata kepada beliau,

"Awaslah wahai Abu Darda! Rumahmu sedang terbakar!!"

Dengan tenang Abu Darda R.A berkata kembali, "Ye ke ia terbakar?"

"Sungguh! Demi Allah, sesungguhnya ia benar-benar terbakar!!" tekan lelaki tersebut apabila melihat Abu Darda R.A bersikap tenang sahaja.

Abu Darda R.A kemudiannya berkata,

"Allah tidak menjadikan itu berlaku dengan kalimat (Doa/wirid) yang telah aku dengar daripada Rasulullah SAW.

Barang siapa yang membacanya awal-awal siang (pagi) maka tidak akan ditimpa musibah sehinggalah petang. 

Barang siapa yang membacanya akhir siang (petang) maka tidak akan ditimpa musibah sehinggalah subuh."

Kemudian Abu Darda R.A menyebut kalimat seperti di bawah.

Setelah itu, beliau pun pergi ke rumahnya dan mendapati bahawa rumahnya tidak terbakar walaupun rumah-rumah jiran sekitarnya habis terbakar.

*Rugilah siapa yang tak amalkan kalimat yang mustajab ini setelah mengetahuinya.