Pages
Saturday 26 June 2021
Lirik dan Makna Lagu Deen Assalam : Mohamad Tarek
Sunday 13 June 2021
Perbandingan Sheikh Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab
Bermulanya istilah Wahabi itu dinisbatkan kepada Muhammad ibn Abdul Wahab pendiri gerakan tersebut di Arab Saudi. Perkataan Wahabi ini digunapakai oleh jemaah gerakan itu sendiri. Dan juga abang kepada Muhammad ibn Abdul Wahab yang mengkritik gerakan tersebut turut menamakannya sebagai Wahabi.
Muhammad ibnu Abdul Wahab ini sangat terpengaruh setelah beliau membaca sendiri kitab-kitab Sheikh Ibnu Taimiyah. Maka secara logiknya apabila beliau terkesan dengan fahaman Sheikh tersebut sudah tentu banyak fahaman agamanya yang bersamaan.
Tetapi pada hakikatnya Muhammad ibn Abdul Wahab ini ada berbeza dan lebih ekstrem daripada Sheikh Ibnu Taimiyah. Jika ulama-ulama Islam yang lain berpendapat pandangan Sheikh Ibnu Taimiyah ada banyak yang syaz atau pelik/janggal maka fahaman Muhammad ibn Abdul Wahab ini lagilah tersangat pelik dan janggalnya.
Friday 11 June 2021
Kenapa Microsoft Excel tak sesuai untuk digunakan bagi senarai penerima vaksin?
Ia bermula apabila seorang YB DAP bertanya kenapa team YB KJ tak guna Microsoft Excel untuk ektrak data penerima vaksin dari kalangan warga emas dan golongan yang lebih memerlukan.
Ini kerana dalam Microsoft Excel ada fungsi filter dan juga fungsi logik yang boleh digunakan terhadap senarai penerima vaksin yang sudah tentu berjuta-juta jumlahnya.
Microsoft Excel adalah satu perisian mengira dan sebagai menguruskan database yang powerful buat individu dan syarikat yang kecil. Tetapi ia bukanlah tidak ada had dan batas kepada kemampuannya.Sebenarnya kekurangan dan risiko menggunapakai Microsoft Excel ini sudah pun terbukti di mana pada akhir tahun 2020 telah berlaku hilangnya hampir 16 ribu data melibatkan keputusan ujian Covid-19 oleh pihak Kesihatan Awam England.
Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani
Monday 7 June 2021
Ya Taiba - Lirik dan Makna
Saturday 5 June 2021
Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers
Credit : Brothers - Topic
Jihad merupakan perjuangan. Perkataan jihad tidak terhad kepada menentang musuh di waktu perang semata-mata. Sebab itu ada yang dinamakan jihad ekonomi. Perjuangan membangunkan ekonomi.
Tetapi apabila musuh menyerang ingin memusnahkan umat Islam, negaranya atau harta benda mereka, maka wajiblah umat Islam melaksanakan jihad. Secara rasminya, berdasarkan pandangan para ulama, jihad perang ini dimulakan apabila adanya pengumuman rasmi daripada pemerintah.
Dalam pada itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh umat Islam untuk membantu saudara muslimin mereka yang menghadapi peperangan atau ditindas di negara umat Islam yang lainnya. Seperti umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam fikiran dan tumpuan umat Islam khususnya mereka di Malaysia ini.
Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan bantuan kemanusiaan melalui derma, bantuan fizikal, harta-benda melalui pertubuhan-pertubuhan yang sah dapat menyalurkan bantuan tersebut di sana.
Selain itu, umat Islam semuanya walau di mana jua, haruslah bersedia dan bersiap diri dengan segalanya untuk menghadapi cabaran akhir zaman ini.
Thursday 3 June 2021
Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
Wednesday 2 June 2021
Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers
أَنَا إنْ سَأَلْتَ الْقَوْمَ عَنِّيْ مَنْ أَنَا
Aku, jika engkau bertanya satu kaum tentang aku, siapakah aku
أَنَا مُؤْمِنٌ سَأَعِيْشُ دَوْمًا مُؤْمِنَا
Akulah orang beriman
maka aku hidup sentiasa sebagai orang yang beriman
2x
---------------------------------------------------------