Rabbi yang mendakwa telah bertemu dengan Messiah yang mendedahkan identitinya dalam sebuah nota kertas!!
Rabbi Yitzak Kaduri adalah salah seorang Rabbi yang paling dihormati di Isreal. Beliau adalah seorang pakar ilmu Kabbalah iaitu satu ilmu mistik bagi orang-orang Yahudi.
Rabbi Kaduri lahir di Baghdad dalam tahun 1902 semasa ia masih lagi dalam pemerintahan Uthamaniyah Turki. Sejak remaja lagi beliau dengan penuh dedikasi telah mempelajari dan mengkaji ilmu Kabbalah. Beliau mengkaji ilmu mistik Yahudi tersebut sepanjang hidup beliau.
Bagi orang-orang Yahudi, Rabbi Kaduri adalah seorang peramal yang hebat. Dalam tahun 2004, beliau telah meramalkan akan berlaku bencana yang besar dunia. 2 minggu kemudian berlakulah tsunami besar yang melanda beberapa negara.
Dalam tahun 2006 ketika satu hari kebesaran Yahudi, Rabbi Kaduri mengumumkan beliau telah berjumpa dengan Messiah atau orang yang ditunggu-tunggukan oleh bangsa Yahudi selama ini.
Rabbi Kaduri juga mendakwa orang-orang Yahudi akan dapat mengenal Messiah berkenaan ketika kemunculannya nanti.
Seterusnya Rabbi Kaduri mengumumkan beliau bakal mendedahkan identiti Messiah berkenaan. Beliau mencatatkan identiti Messiah itu dalam satu nota kertas tetapi memberikan syarat nota tersebut tidak boleh dibuka kecuali selepas satu tahun kematian beliau.
Beberapa bulan kemudian dalam tahun 2006, Rabbi Kaduri meninggal dunia. Selepas satu tahun kematian beliau, orang-orang Yahudi pun membuka nota kertas yang ditinggalkan itu.
Ternyata kandungan nota tersebut amat mengejutkan.
Nota yang ditinggalkan Rabbi Yitzak Kaduri |
Ia menyatakan "Berdasarkan nama abreviasi Messiah, dia akan mengangkat nasib manusia dan membuktikan bahawa kata-katanya dan undang-undangnya adalah sah".
"Ia ditandatangani dalam bulan Rahmat oleh Yitzak Kaduri".
Apabila diamati abreviasi perkataan berkenaan ia menimbulkan perkataan "Y.E.S.H.U.A". YESHUA adalah perkataan bani Israel bagi perkataan JESUS!!
Pendedahan beliau melalui nota berkenaan telah mengundang kontroversi di kalangan orang-orang Yahudi. Ini kerana ramai yang berkeyakinan Messiah yang bakal datang itu bukanlah Jesus atau yang dikenali orang Islam sebagai Nabi Isa a.s.
Ini bermakna Rabbi Kaduri telah mendakwa berjumpa dengan Nabi Isa a.s di Israel!!
Rabbi Kaduri juga pernah berkata Messiah berkenaan tidak akan datang kecuali selepas kematian Ariel Sharon. Ariel Sharon kemudiannya telah meninggal dunia dalam bulan Januari 2014.
Rabbi Kaduri juga mendakwa ruh Messiah itu telah meresap ke dalam badan seorang individu di Israel. Messiah itu juga akan mendedahkan dirinya kepada orang-orang tertentu di Israel.
Pembinaan King Solomon Temple dan Greater Israel (Israel Raya)
Pada hari ini puak Yahudi semakin menguasai Israel. Dalam pada masa yang sama Palestin semakin tertekan dan hak mereka untuk mempunyai sebuah negara Palestin yang berdaulat dinafikan.
Matlamat zionisme ialah mempunyai satu negara Israel yang besar dan negara Palestin itu sebenarnya tidak wujud. Tanah-tanah rakyat Palestin dirampas secara berkala sehinggalah sampai satu ketika ianya sudah tiada lagi.
Pada masa yang sama Solomon Temple hendaklah didirikan segera oleh Yahudi Zionis. Dengan terdirinya Solomon Temple ini, ia mempercepatkan kedatangan penyelamat atau Messiah yang ditunggu-tunggu orang Yahudi.
Siapakah Messiah ini atau apakah dia?
Dijangka penduduk bumi ketika itu berpecah belah samada menyokong Messiah ini atau pun menentangnya. Selama ini pun penduduk dunia telah didoktrin melalui teknologi media massa untuk membentuk mentaliti yang akan mengikut trend.
Trend yang popular dan dilihat benar pada arus perdana ketika itu adalah menyokong penyelamat atau Messiah yang datang itu.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sebilangan orang telah dipupuk dengan fahaman zionisme oleh puak Yahudi ini. Mereka kini memegang jawatan di dalam tampuk pemerintahan.
Kenapa mereka memegang fahaman zionisme walaupun mereka bukan yahudi? Ini kerana mereka menganggap fahaman ini adalah di tahap tamadun yang tinggi.
Mereka amat menyanjungi fahaman zionisme ini sebagaimana mereka menyanjung teknologi yang canggih dan ketamadunan yang maju.
Mereka rela dilatih dan direkrut orang-orang zionis dan mereka sangat berbangga.
Justeru itu juga tidak hairanlah bila dikatakan sesuatu teknologi yang paling canggih itu dikatakan berasal dari Israel. Segala-gala yang maju itu dari Israel.
Dan kemanakah hala tuju mereka yang dilatih zionis ini?
Mungkin setiap individu yang mempunyai kesedaran dan akal haruslah mencari sendiri jawapannya.

No comments:
Post a Comment