Monday, 15 August 2016

Proton Dan Kemampuan Engineering Malaysia


Aku terbaca dalam satu artikel di akhbar yang mengulas tentang cadangan penjualan Proton kepada syarikat asing. Artikel berbahasa inggeris ini seakan-akan menyokong penjualan itu. Rasionalnya, ia akan melonjakkan jenama Proton ke peringkat antarabangsa.

Anehnya pula, artikel itu sedar yang akibat penjualan itu Proton tidak lagi menjadi hak milik negara Malaysia. Selain itu, artikel itu juga sedar yang isu untuk maintain syarikat Proton ini bukanlah isu untung rugi sebuah syarikat kereta milik negara sahaja. 

Tetapi disebaliknya ia berkaitan dengan aspirasi negara untuk anak-anak watannya cemerlang dalam bidang engineering. Proton adalah platform dimana engineers negara dapat menunjukkan bakat dan merasa untuk membina produk engineering sendiri. 

Untuk mencapai sebuah negara yang maju, sudah tentu Malaysia ingin mencapai tahap kepakaran yang diiktiraf dalam bidang seperti engineering ini. Dan Malaysia satu-satunya negara di nusantara yang mempunyai produk kereta nasional.



Jika kepentingan negara seperti Proton dijual kepada pihak asing, sudah tentu ia tidak lagi mendokong aspirasi nasional tersebut. Malah jika Proton didowngradekan kepada sebuah syarikat seperti Perodua yang mana kepentingan Daihatsu dikatakan melebihi 50%, itu sudah menjadi beberapa langkah ke belakang. 

Semua maklum yang Perodua demi mendapat masukan dari segi tenologi terkini dari Jepun itu menghadapi banyak kekangan. Jika Proton menjadi seperti itu, sudah tentu RnD yang menjadi kekuatan syarikat akan mendapat halangan daripada pihak asing itu. Jika tiada RnD sudah tentu tiada inovasi tulen daripada bakat-bakat tempatan.

Ada pula kedengaran suara-suara yang mendesak supaya Dato’ Syed Zainal kembali menerajui Proton. Sememangnya aku juga ada persepsi yang Dato Syed Zainal memang cemerlang ketika menjadi CEO Proton dan ketika itu Proton mengalami perubahan yang signifikan. Kereta yang aku beli pun datang daripada zaman beliau menjadi CEO. 

Aku berpandangan dalam perkara seperti ini tidak boleh ada banyak politicking. Orang yang sebenarnya boleh menerajui Proton perlu diletakkan sebagai CEO. Mungkin ramai lagi orang selain Dato’ Syed Zainal, cuma siapa yang dapat mengenalpasti.

Kalau Proton dijual kepada pihak asing, aku rasa malu. Tak payahlah diminta anak-anak kita belajar bidang engineering kalau semata-mata hanya mahu berbangga dipanggil engineer tetapi nak buat kereta pun tak pandai. Mungkin elok sahaja dijual Proton kepada negara Indonesia. Sekurang-kurangnya kita dapat lihat anak-anak serumpun berjaya dalam bidang engineering dan menghasilkan produk untuk nusantara ini. 

Dalam pada tu, artikel inggeris tadi juga ada menyebut mengenai Proton SUV yang berdasarkan Suzuki Vitara. Ia menjangkakan ini adalah strategi Proton untuk mengukuhkan pasaran tempatan. Sebelum ini Incikposmen ada juga menyentuh mengenai Proton SUV ini di sini. 



Gambaran yang diambil dari SuzukiVitara India

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...