Yang aku faham lah kan. Akta SOSMA ni dia dibuat untuk menggantikan ISA. Satu undang-undang keselamatan yang bertujuan digunakan untuk menghadapi ancaman-ancaman yang sememangnya wujud kepada negara.
ISA pada waktu itu dipropagandakan sebagai satu undang-undang drakonian. Atau yang dipakai oleh drakula untuk menindas manusia dan rakyat jelata.
Haritu, ISA ni dikatakan zalim malah kejam kerana undang-undang keselamatan ni tidak melalui proses mahkamah. Dikatakan ianya tangkapan tanpa bicara yang menggunakan kuasa ahli politik yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik atau kepentingan peribadi.
Waktu tu terpampanglah dalam media mereka ini yakni puak human right yang bersekongkol dengan LGBT, mendesak untuk memansuhkan undang-undang tanpa bicara ini dan menggantikannya dengan undang-undang yang melalui proses mahkamah. Akibat desakan itu dan juga tekanan politik daripada parti-parti pembangkang yang berniat politik, akhirnya ISA dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang SOSMA.
SOSMA ni melalui proses mahkamahlah. Cuma hukumannya agak berat kerana kesalahan itu juga adalah berat. Itulah harganya jika kesalahan yang dulunya hanya dikenakan proses pemulihan hendak ditukar kepada proses mahkamah. Proses mahkamah akan berakhir dengan hukuman dan hukuman tidaklah dibuat sesuka hati.
Pages
▼
Saturday 31 October 2015
Thursday 22 October 2015
Tuesday 20 October 2015
Pengajaran Daripada Parahnya Kabut Asap @ Jerebu Di Indonesia.
Ketika ini dikatakan ada 1,000 lebih titik api yang mengakibatkan kabut asap atau jerebu di Indonesia. Ketika pasukan Malaysia dan Australia tiba bagi menjalankan operasi pengeboman air ke atas api yang membakar, dikatakan jumlah titik panas adalah sekitar 800. Walaupun operasi gabungan 3 negara, Malaysia, Australia dan Singapura kejadian kebakaran hutan semakin menjadi-jadi.
Jika di Malaysia indeks pencemaran udara menunjukkan keadaan jerebu semakin parah ini bermaksud keadaan kabut asap (jerebu) di Indonesia lebih parah. Malah sudah terdapat banyak kes-kes kematian yang melibatkan kanak-kanak di Indonesia akibat komplikasi bernafas dengan udara yang tercemar.
Kabut asap yang menyelubungi kawasan Sumatera dan Kalimantan Indonesia sudah boleh dianggap sebagai satu bencana alam. Ia juga sudah sampai ke peringkat darurat nasional cuma terpulanglah kepada negara itu untuk mengumumkan darurat atau tidak kerana darurat menimbulkan kesan lain pula. Pengishtiharan darurat dikatakan akan menyukarkan pendakwaan undang-undang @ hukum dibuat kepada pesalah laku yang memulakan pembakaran hutan-hutan.
Apabila ia bencana alam, seharusnya ditangani oleh satu agensi khusus yang ditubuh dan diberi peranan untuk mendepani bencana-bencana. Agensi ini adalah perlu bagi sesebuah negara dan ia perlu berdedikasi untuk operasi penyelamatan semasa bencana serta mengambil langkah-langkah mengurangi kesan bencana. Bencana ini ada bermacam-macam jenis dan bukanlah kabut asap semata-mata. Gempa bumi, banjir, letupan gunung berapi, tsunami dan lain-lain kecelakaan yang besar adalah bencana.
Friday 16 October 2015
Thursday 15 October 2015
Friday 9 October 2015
Kali ini negara bersiap sedia menghadapi banjir.
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu unit induk untuk mengurus sukarelawan dan bahan bantuan semasa bencana banjir
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Setiap kali tibanya hujung tahun, beberapa tempat di negara kita, pastinya akan dilanda banjir.
Oleh itu, pada tahun ini, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah awal bagi menghadapi bencana banjir yang akan datang.
Pada bulan ini, Kerajaan akan mula membuat persiapan rapi, khususnya dari aspek logistik seperti komunikasi, pemindahan penempatan, penyimpanan bekalan makanan, pengurusan pegawai perubatan dan kerja-kerja pembersihan.
Saya juga ingin terus memberi galakan terhadap usaha murni rakyat Malaysia yang menyumbangkan bahan bantuan dan menjadi sukarelawan.
Namun, kita dapati, pada tahun-tahun lalu, terdapat situasi di mana bantuan tertumpu hanya di sebuah kawasan walaupun ada tempat lain yang lebih memerlukan.
Jadi, pada tahun ini, kita akan menubuhkan satu unit induk untuk mengurus sukarelawan dan bahan bantuan agar ia dapat disalurkan kepada mangsa banjir dengan lebih berkesan.
Insya-Allah, dengan usaha-usaha yang akan kita lakukan ini, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir pada tahun ini.
Sekian sahaja dari saya,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Monday 5 October 2015
The Science of "Angels and Demons".
Therefore the film is also about christianity vs science. As evidenced from the words spoken by a character of a priest in the film, Camerlengo Carlo Ventresca. A priest who works for the Pope's office and very dear to the Pope.
In my personal opinion, the film version of Angels and Demons took a different path from the original story of the novel. So the true message of the novel may not be well delivered as intended by the writer. But that is common for film's adaptation of any novel. Lord of the Ring movie is an example of successful and profitable adaption from novel. Differences in the course of storytelling did not matter for audience to enjoy the epic. However I have to admit that I have not read any Lord of the Ring's novels.
Thursday 1 October 2015
Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.
Huhuhu.. Nonton Tennis.. |
Tapi ini walaupun bukan wali Allah pun dia ada kemampuan yang istimewa itu. Walaupun dia dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun tetapi dia tetap meloloskan diri dengan selambanya menikmati kehidupan di luar penjara.
Selfie dulu yuk sebelum kembali ke penjara |
(Update baru!) Pada 28 September 2015, Firdaws FM telah reply kepada Incikposmen.
Bertuah betul! Padahal cerita dah viral satu alam semesta. Kann..
Ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar berhati-hati dengan khabar-khabar angin yang diterima melalui media IT atau internet. Apatah lagi jika kita berhasrat untuk menyebarkan sesuatu berita itu tanpa memastikan kebenarannya.
Ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar berhati-hati dengan khabar-khabar angin yang diterima melalui media IT atau internet. Apatah lagi jika kita berhasrat untuk menyebarkan sesuatu berita itu tanpa memastikan kebenarannya.