Monday, 29 December 2014

Misteri Penerbangan Airasia QZ 8501 : Amaran kepada warganegara China supaya tidak menaiki penerbangan Airasia.

Seseorang telah membuat posting dalam sebuah portal China memberikan amaran dua minggu lalu. Beberapa agensi berita antarabangsa juga telah membuat liputan berkenaan perkara pelik ini.

Incikposmen telah cuba membuat sedikit semakan terhadap posting tersebut bagi memastikan kesahihannya.

Seseorang telah membuat posting dalam sebuah portal China iaitu disini kira-kira dua minggu lepas. Posting tersebut adalah pada hari Ahad, 15 Disember 2014. (Portal : http://bbs.tianya.cn)

Dalam posting tersebut, dikatakan bahawa pihak Tangan Hitam yang telah terlibat dalam tragedi MH 370 dan dijangkakan akan mensasarkan Airasia pula kerana ianya adalah syarikat Malaysia. Dengan itu, posting berkenaan memberikan amaran agar penumpang Cina mengelak mengambil penerbangan Airasia.

Sebagaimana maklum, pesawat Airasia QZ 8501 telah dilaporkan hilang kontak pada Sabtu, 28 Disember 2014. Informasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut hilang disebabkan cuaca buruk. Sehingga artikel ini dibuat, pasukan SAR (Search and Rescue) masih belum menjumpai pesawat berkenaan.

Photo portal China berkenaan posting terse but.
Sesiapa yang boleh berbahasa Cina boleh memahami terus,
tetapi yang tak faham kenalah tengok translation Google di bawah.

Translate Bahasa Inggeris

Translate Bahasa Melayu

Posting tersebut telah dibuat oleh seseorang yang bergelar 楼主:老百姓有自己的乐
Apabila diterjemah (Landlord: people have their own music) (Mungkin salah seorang yang mempunyai authority seperti admin kepada portal tersebut)

Beliau juga mengingatkan, sesiapa sahaja yang menaiki Airasia samada bagi tujuan melancong, business atau apa jua tujuan pun boleh menjadi target sekirannya berada dalam pesawat yang disasarkan. Akibatnya adalah kematian dan kehilangan.

Beliau juga inginkan sesiapa yang membaca posting ini memberitahu kepada rakan-rakan dan saudara mara.

Apabila diminta asas amaran itu dan diejek oleh ahli forum yang lain beliau menjawab lebih kurang begini :

"Kita orang-orang kecik ni duduk jauh-jauh, elakkan daripada urusan orang-orang besar". 
"Bila keadaan di peringkat antarabangsa dah stabil, baru boleh pergi melancong". 
"Puak-puak untouchable tu berlindung disebalik tirai"
"Ini adalah mesej untuk menyelamatkan nyawa"
"Jangan dengar cakap-cakap orang, sekiranya selepas insiden itu berlaku, posting ini dihapuskan pun dah tak ada gunanya"
"Jauhkan daripada penerbangan Airasia dan MAS"
"Jauhkan daripada Airasia!"

Chrome translate: Perhatikan tajuk posting yang dibuat oleh Landlord


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...