Sunday, 24 August 2014

Perkhidmatan UBER ganggu periuk nasik pemandu teksi di Lembah Klang

Kesian pemandu teksi kita sekarang ni... dah la susah nak carik makan.. sekarang ni pulak dah ada persaingan lain dari syarikat besar seperti UBER.

Kepada pada pembaca yang tak tahu lagi pasal perkhidmatan teksi Uber ni, dalam bahasa senangnya perkhidmatan teksi ini sama lah macam  perkhidmatan teksi sapu yang takde lesen atau permit sah dari SPAD.


Modus operandi diorang ni mudah sebab diorang ni beroperasi secara online di seluruh dunia dengan menggunakan aplikasi telefon pintar, Facebook dan Twitter. Buat masa ni di Malaysia diorang ni beroperasi sekitar Lembah Kelang.

Ni dua keping gambar dari website Uber yang admin nak share ngan korang.


https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur


Berbanding pengusaha teksi biasa, diorang ni tak yah tanggung kos-kos yang biasa seperti kos pemeriksaan berkala PUSPAKOM dan insurans teksi yang 4 kali lagi mahal dari kos insurans kenderaan persendirian.

Kasihan lah pemandu teksi kita yang kita pun tahu pendapatan mereka ini yang tidak menentu.

Jadi kat sini, sementara kerajaan nak ambil tindakan terhadap perkhidmatan Uber ni admin nak seru semua kalau boleh kita boikot perkhidmatan teksi uber ni dan kita bantu pemandu teksi tempatan terutamanya di Lembah Klang.

2 comments:

  1. Ni dia orang ambil kesempatan kemudahan online sekarang. Ada juga perkhidmatan antarabangsa untuk beli tiket. Contohnya foreigner yg nak melawat twin tower dia boleh beli dari tiket online yang dijalankan oleh foreigner atau local di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Itu lah... macam-macam lagi perkara... saya rasa kalau diorang nak buat perkhidmatan pon kena lah dengan cara yang betul dan berdaftar dengan pihak berwajib. Sekarang ni tak pa la tak jadi apa2... esk kalau jadi kes ke camne...

    Saya sokong admin untuk support pengusaha teksi temaptan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...